Saya akan main untuk Malaysia juga nanti cuma perlukan sedikit masa lagi – Kobe Jae Chong

1,013

Pemain warisan Kobe Jae Chong memberitahu impian ramai peminat bola sepak tanah air untuk melihat beliau menyarung jersi Harimau Malaya akan tercapai juga satu hari nanti.

Kobe bagaimanapun berkata beliau masih perlukan sedikit lagi masa untuk menyelesaikan proses dokumentasi untuk membolehkan beliau memperoleh passport Malaysia.


“Ketika ini saya sibuk dengan urusan kelab di sini (England), tapi apa yang saya boleh katakana adalah saya akan main untuk Malaysia juga nanti.

Kita perlu tunggu dan bersabar sikit kerana saya perlu tunggu perkembangan terkini dari ejen saya mengenai proses yang berlaku. Proses dokumentasi perlukan masa, jadi saya perlu bersabar,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau pada masa sama turut meluahkan rasa bersyukur dan sangat menghargai sokongan yang diterimanya dari peminat bola sepak di Malaysia.

Tambahnya lagi, sokongan berterusan yang diterima membuatkan beliau lebih teruja lagi untuk bermain untuk skuad negara.

Dalam pada itu, beliau yang bermain di posisi tengah tidak mahu terlalu memperkatakan mengenai kemampuannya di atas padang, sebaliknya mahu peminat melihat sendiri kemampuan beliau apabila beraksi.

“Saya tidak suka sangat bercakap mengenai perkara yang saya mampu lakukan, sebaliknya mereka boleh melihat sendiri permainan saya dan saya berharap selepas ini akan mendapat lebih banyak footages aksi saya.”

Sementara itu, bercerita mengenai skuad negara yang akan beraksi di kejohanan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada Januari 2024 di Doha, Qatar nanti, Kobe nyata teruja dengan kejohanan itu.

Malah beliau juga sudah bersedia untuk membantu skuad negara di kejohanan itu sekiranya proses dokumentasinya dapat diselesaikan sebelum kejohanan itu berlangsung.