Skuad kali ini ada dinamik yang berbeza – Corbin Ong
Pertahanan kebangsaan, Corbin Ong merasakan panggilan kem kebangsaan untuk dua perlawanan persahabatan menentang Solomon Islands dan Papua New Guinea mempunyai dinamik yang berbeza.
Jelasnya, setiap pemain ada karakter serta kualiti yang berbeza, dan kesemuanya mempunyai kelebihan berbeza daripada panggilan sebelum ini.
“Dalam skuad ini ada beberapa pemain yang berbeza, setiap pemain ada karakter serta kualiti yang berbeza, jadi ia memberikan dinamik berbeza berbanding sebelum ini.
Apa yang penting adalah semua pemain gembira berada di sini dan kita mahu membentuk persefahaman secepat mungkin,”
katanya.
Corbin berkata, beliau sudah tidak sabar untuk bermain di hadapan penyokong di Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Sementara itu, beliau berkata bahawa Malaysia tidak fokus kepada pihak lawan tetapi gaya permainan sendiri.
“Persiapan yang kami lakukan hanya fokus terhadap diri kami berbanding pasukan lawan, kami tak pasti bagaimana gaya mereka bermain.
Apa yang penting kami mahu bermain cara sendiri daripada mengikut gaya mereka bermain.”
Malaysia akan beraksi menentang Solomon Islands pada 14 Jun, dan kemudian menentang Papua New Guinea pada 20 Jun.