Kita tiada anak emas, semua anak emas RTG termasuk LZJ – Hannah Yeoh
Menteri Belia dan Sukan (KBS), YB Hannah Yeoh memberitahu bahawa pemain badminton perseorangan negara Lee Zii Jia masih lagi berada di landasan tepat untuk membenarkan beliau kekal dalam senarai atlet program itu.
Menurut Hannah, beliau dan barisan jawatankuasa RTG menjelaskan bahawa Zii Jia ketika ini masih berada dalam ‘benchmark’ yang membolehkan beliau terus kekal dalam RTG.
Hannah pada masa sama turut menyangkal dakwaan kononnya pemain itu mendapat layanan istimewa atau ‘anak emas’, sebaliknya berkata kesemua atlet yang berada adlam program itu adalah ‘anak emas’ dan mereka diberi elaun sebanyak RM3,000 sebulan.
“Kita tiada anak emas, semua anak emas RTG, kita bagi RM3,000 ringgit sebulan, sokongan perkhidmatan ISN semua kita bagi,”
ujar Hannah.
Dalam pada itu, penyelaras RTG iaitu Datuk Stuart Ramalingam pula menjelaskan Zii Jia belum digugurkan kerana pemain itu masih belum tersasar dari ‘benchmark’-nya.
“Kalau ikut prestasi dan apa yang diumumkan itu masih lagi tanda soal tetapi dari segi ranking dia masih lagi tidak terkeluar dari senarai, apa-apapun bakal berbincang semula dengan pihak kejurulatihan bagi dapatkan pelan pemulihan untuk beliau pada akhir bulan Jun ini,”
jelas Stuart.
Dalam pada itu, beliau turut memberitahu bahawa pasangan beregu campuran negara iaitu Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing masih lagi dikekalkan untuk proses penilaian.
Pada masa sama, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menyarankan beberapa nama untuk diserap ke program RTG nanti.