RTG keluar dana RM6.9 juta sejak ditubuhkan untuk atlet yang tersenarai
Menteri Belia dan Sukan (KBS), YB Hannah Yeoh memberitahu bajet sebanyak RM6.9 juta telah diluluskan untuk program Road To Gold (RTG) sejak ia ditubuhkan bagi membantu atlet-atlet prospek untuk menghasilkan pingat emas pertama di Sukan Olimpik 2024, Paris.
“Jawatankuasa ini telah meluluskan bajet yang berjumlah besar bernilai RM 6.9 juta secara keseluruhan untuk RTG bagi menghadapi Olimpik Paris 2024.
Elaun khas turut diberikan sebanyak RM3,000 kepada setiap atlet bagi setiap bulan dan ia tidak termasuk Podium, bajet ini hanya untuk RTG topup servis di mana permintaan-permintaan daripada atlet telah masuk dan geran yang telah diberikan semuanya bernilai RM 6.9 juta,”
katanya.
Hannah turut memberitahu bahawa jawatankuasa RTG telah ke Jepun bagi melihat pembangunan sukan di sana sekaligus boleh mengaplikasikan di Majlis Sukan Negara (MSN) dalam menyediakan para atlet di peringkat akar umbi.
MSN, Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (OCM) dan Nippon Hub Sport Sciences Universiti bakal menandatangani MoU bersama bagi memberikan pengalaman pakar dalam bidangnya untuk membantu kem negara dalam persiapan ke Olimpik Paris.
Selain itu, beliau juga mengingatkan kepada semua agar tidak terpedaya dengan apa-apa aktiviti ‘fund raiser‘ yang menggunakan nama RTG kerana program ini tidak terlibat dengan sebarang aktiviti tersebut.
“Untuk fund raising, kalau ada yang diluar cari dana guna nama RTG, kami tak benarkan kepada mereka menggunakan nama RTG dan jadi orang ramai diminta untuk tidak memberikan apa apa kepada mereka.”