Gambar Zii Jia dah ada balik, mungkin petanda baik untuk kembali beraksi?
Lee Zii Jia (LZJ) sebelum ini dikatakan memadam semua gambarnya di Instagram sudah kembali apabila sebelum ini telah membuat para peminatnya risau dengan keadaannya usai pengumuman untuk berehat daripada dunia badminton.
Baru-baru ini, para peminat mula risau dengan atlet kesayangan mereka itu apabila hanya tinggal lima sahaja gambarnya di laman sosial Instagram namun hari ini apabila dilihat semula, gambar-gambarnya sudah ada kembali entah kenapa berkemungkinan disebabkan ‘bug’ atau hanya sekadar salah faham.
Namun sekiranya perkara ini benar-benar berlaku ia mungkin memberikan tanda positif dimana mungkin LZJ sedang bersiap sedia untuk memulakan semula latihannya bersama jurulatih baru iaitu Wong Tat Meng yang sebelum ini dikatakan bakal tiba pada penghujung bulan Jun ini.
Di samping itu, mungkin juga LZJ mahu memulakan semula perjalanan badmintonnya dari kosong dan kembali fokus untuk mengejar kejuaraan sekaligus mencapai semula prestasi terbaiknya seperti ketika beliau berjaya menjulang kejuaraan Seluruh England dahulu.
Dalam mesyuarat Road to Gold (RTG) sebelum ini telah membincangkan bahawa LZJ masih lagi dalam ranking atau di landasan yang tepat untuk ke Olimpik Paris 2024 namun perlu segera juga membuat persiapan kerana semakin lama bekas pemain No.2 dunia itu berehat, rankingnya akan semakin jatuh termasuk juga tahap kecergasannya.
Persoalan juga timbul mengenai pemain berusia 25 tahun itu samada beliau akan beraksi dalam kejohanan Terbuka Korea yang bakal berlansung pada 18-23 Julai nanti atau tidak.
LZJ selepas beberapa siri kekalahan pada peringkat awal dalam beberapa kejohanan sebelum ini telah menyebabkan beliau gagal memperolehi sebarang mata bagi mengekalkan kedudukannya menyebabkan rankingnya telah jatuh ke-13 dunia.
Pemain berasal dari Kedah itu juga masih dikekalkan dalam skuad RTG yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi mengejar emas pertama Olimpik dalam sejarah sukan Malaysia.
Terdahulu, LZJ mengejutkan peminat apabila mengambil keputusan untuk berehat seketika dari dunia badminton kerana sudah tawar hati, namun peminat masih meletak harapan tinggi untuk menyaksikan pemain perseorangan utama negara itu kembali beraksi dalam masa terdekat.