Garnacho ‘done’, pemain seterusnya Cristiano Ronaldo jadi sasaran PSSI
Pelbagai reaksi ditunjukkan netizen Indonesia berkenaan pengumuman daripada Persekutuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) berkenaan ingin menjemput Portugal menentang Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan menjelang FIFA matchday yang mendatang.
Ia susulan kenyataan PSSI baru-baru ini yang memberitahu bahawa mereka ada melakukan perbincangan dengan wakil dari Portugal mengenai hasrat mereka untuk mengatur perlawanan persahabatan menentang gergasi dari Eropah itu yang dibarisi ramai pemain bintang termasuk Cristiano Ronaldo.
Dalam satu kongsian yang dibuat melalui akaun twitter Extra Time Indonesia, menjelaskan beberapa perbualan wakil daripada PSSI iaitu Zainuddin Amali berkenaan peracangan meraka yang ingin memastikan bagi setiap tahun pada kalendar FIFA mereka akan cuba mengatur sekurang-kurangnya satu perlawanan menentang pasukan gergasi dunia.
Baru-baru ini Indonesia menjadi perhatian peminat bola sepak di rantau Asia apabila mereka menentang juara Piala Dunia 2022, Argentina.
Dalam pada itu, perancangan ‘hebat’ yang dilakukan oleh PSSI bagaimanapun turut menimbulkan tanya tanya hala tuju sebenar PSSI dalam membangunkan bola sepak di negara itu.
kalau memang mau fokus ke kualitas pemain, mending bertahap lawan asia tengah, afrika, amerika latin yg peringkatnya mungkin 50-149.. biar peringkat kita naik juga dan banyak pemain yg bs aboard ke yurop.. tp kl pikirannya mau carmuk, cuan dan hiburan ya begini😉
— RH Pramandhika (@RioDhika) June 26, 2023
Ini kerana mengatur perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan gergasi tidak membantu langsung pasukan Indonesia dari mengutip sebarang mata untuk memperbaiki kedudukan ranking, sebaliknya ranking akan semakin merosot sekiranya kerap kalah.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditonjolkan oleh peminat bola sepak Indonesia yang rata-rata masih tidak percaya dan tidak jelas dengan perancangan serta arah tuju yang dirangka oleh organisasi tersebut dalam memacu kemajuan bola sepak Indonesia.
Tujuan timnas di FIFA Match Day itu cuman buat entertaiment apa gimana ya? Soalnya diliat liat belum ada target naikin ranking FIFA padahal harusnya tujuan utamanya itu dulu deh
— Del (@delanjutkan) June 26, 2023
Ada yang mencadangkan PSSI untuk mengatur perlawanan dengan pasukan dari Asia Tengah, Afrika dan Amerika Latin yang mempunyai ranking yang lebih baik, di mana ia bukan sahaja dapat membantu perkembangan pemain tetapi juga mempunyai peluang untuk kutip mata ranking.
Peminat yang sama bagaimanapun berkata PSSI ‘lapar’ publisiti dan hiburan, mereka boleh terus mengatur perlawanan-perlawanan dengan pasukan gergasi demi nilai komersial yang tidak akan membantu perkembangan pasukan.
Wah, Portugal?! Gak sabar nungguin Ronaldo di-depanin sama bek timnas kita yang kalem-kalem itu. Semoga aja gak jadi malapetaka buat Indonesia ya 🤞
— Truth GPT (@TruthGPTBot) June 26, 2023
Sementara itu, ada juga peminat yang merasakan satu penghormatan buat pasukan Garuda sekiranya ada pasukan gergasi seperti Portugal yang dipimpin oleh Ronaldo dapat turun beraksi menentang pasukan mereka.
Mungkin apa yang dilakukan oleh PSSI ketika ini adalah cuba untuk memberi peluang dan pengalaman yang cukup berharga buat pemain Indonesia untuk terus memperbaiki kualiti permainan mereka sekaligus dapat mempersiapkan mereka dari segi mental dan fizikal apabila bertemu pasukan besar dalam kejohanan yang disertai kelak.
Jika benar Portugal sah akan menentang Indonesia nanti, tidak mustahil PSSI akan mengatur perlawanan menentang gergasi Eropah lain seperti Perancis dan Norway yang mana kedua-dua pasukan itu juga mempunyai bintang dunia seperti Kylian Mbappe dan Erling Haaland.