Jordan lantik Hussein Ammounta untuk persiap pasukan untuk Piala Asia 2023

668

Tinggal enam bulan sahaja sebelum kejohanan paling berprestij di Asia iaitu Piala Asia 2023 akan membuka tirainya pada Januari 2024 dengan setiap pasukan kini sedang rancak membuat persiapan rapi untuk kejohanan kali ini.

Antara pasukan yang membuat persiapan rapi adalah pasukan Jordan yang telah membuat perubahan drastik apabila baru sahaja melantik ketua jurulatih baru iaitu Hussein Ammounta bagi menggantikan pengendali terdahulu Adnan Hamad.


Ammouta merupakan bekas pemain kebangsaan Maghribi dan pernah menyarung jersi beberapa kelab dengan puncak kejayaannya sebagai pemain hadir ketika beliau menyarung jersi Al Sadd pada tahun 1997 apabila berjaya menjadi penjaring terbanyak dalam liga dengan 25 gol selain berjaya meraih kejuaraan Piala Emir dan Piala Putera Qatar atau sekarang lebih dikenali sebagai Piala Qatar dalam musim keduanya.

Beliau memulakan kariernya sebagai ketua jurulatih bersama kelab Ittihad Khemisset pada tahun 2005 dan berjaya membimbing kelab itu meraih kejuaraan pada musim 2007.

Bagi tahun 2012 sehingga 2015, Ammounta telah menjadi pengurus bagi pasukan Al Sadd dengan menerajui skuad tersebut yang kini bermain Liga Bintang Qatar dengan 104 jumlah perlawanan.

Pada tahun 2017 sehingga penghujung tahun 2022 beliau pulang ke tanah airnya untuk membawa pasukan yang bermain di liga utama Maghribi iaitu Wydad AC.

Dengan trek yang bagus membuatkan beliau menjadi pilihan untuk mengendalikan Jordan bagi menghadapi kejohanan Piala Asia 2023 dan juga kelayakan Piala Dunia 2026.

Untuk pengetahuan, Jordan telah diundi dalam Kumpulan E bersama Malaysia, Korea Selatan dan Bahrain pada Piala Asia nanti.