Selamat Hari Jadi kepada bapa revolusi bola sepak tanah air,TMJ!

66

Kami di Harimau Malaya tidak mahu terlepas untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir buat bapa kepada revolusi tanah air Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Idris!

Usaha dan langkah yang diambil dalam membawa bola sepak negeri Johor ke satu tahap yang berbeza sememangnya harus dipuji dan diambil sebagai contoh buat semua pemilik serta pengendali pasukan di Malaysia.


Daripada awal pemilikan kelab 2012 sehinggalah ke harini tidak putus-putus kejayaan yang diraih selain penambahbaikan saban tahun daripada segi kualiti permainan, fasiliti dan tidak dilupakan juga barisan pemain serta kejurulatihan yang boleh dikatakan terbaik dalam Malaysia.

Jika kita kembali semula pada awal-awal kemasukan TMJ ke dalam kancah bola sepak Johor, TMJ boleh dikatakan sebagai penyelamat buat sukan bola sepak Johor selepas merombak struktur bola sepak Johor 

TMJ menjadikan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai satu hub bola sepak negeri Johor yang mana sebelum ini terdapat beberapa pasukan yang bermain di Liga Malaysia iaitu Johor FA, Johor FC, MBJB FC dan MP Muar FC.

Selain itu, TMJ turut memainkan peranan penting dalam melahirkan bakat-bakat muda ternama masa kini selain menyediakan fasiliti latihan berkualiti tinggi dan setaraf dunia bagi memastikan mereka dapat membangun dengan lebih efektif.

Jika dilihat daripada senarai pemain-pemain sensasi tanah air sekarang seperti Safawi Rasid, Akhyar Rashid, dan Arif Aiman Hanapi merupakan para pemain yang dibawa ke JDT bagi menggilapkan lagi bakat yang sedia ada dalam diri mereka.

Selain fasiliti, disebabkan hubungan yang rapat serta seorang yang well-known tidak menjadi masalah untuk TMJ merancang perlawanan persahabatan dengan kelab ternama luar sekaligus memberikan pendedahan buat pemain-pemain tempatan yang sebelum ini hanya beraksi menentang lawan yang setanding Liga Super Malaysia sahaja.

Seterusnya, TMJ sudah berjaya membawa bola sepak negeri Johor ke tahap yang lebih tinggi selepas berjaya beberapa kali mengejutkan pasukan-pasukan gergasi Asia dari pada Jepun dan Korea Selatan di kejohanan AFC Champions League (ACL) sekaligus membuka mata bola sepak Asia tentang kekuatan pasukan daripada Malaysia.

JDT dibawah kendalian TMJ sememangnya satu fenomena apabila telah berjaya menjadi kelab yang pertama dalam sejarah bola sepak Malaysia selepas memenangi sembilan kali Liga Super Malaysia semenjak tahun 2014 setahun selepas penubuhannya.

Mereka juga pernah mencipta sejarah apabila menjadi pasukan pertama dari Malaysia berjaya julang Piala AFC pada tahun 2015 dan mara ke pusingan kalah mati ACL.

Tidak dilupakan juga usaha-usaha yang telah ditaburkan oleh TMJ buat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila TMJ sendiri pernah untuk menjadi Presiden badan induk tersebut pada Mac 2017-2018.

Semasa TMJ berada di organisasi tersebut banyak perkara yang telah ditambah baik meskipun tidak berlaku sebarang kenaikkan ranking secara cepat seperti sekarang namun perstrukturan semula di FAM dari segi kewangan dan pengurusan menjadi tunjang utama bagi mengendalikan sesebuah organisasi.

Dalam tempoh itu juga skuad muda kebangsaan B-23, B-19 dan B-16 masing-masing melayakkan diri ke kejohanan tertinggi di Asia.

Demikian serba sedikit yang dapat dikongsikan berkenaan TMJ dalam merevolusikan bola sepak tempatan sekaligus menjadikan bola sepak tanah air semakin berkembang dan maju.