Memang Bangladesh sahaja negara Islam dekat mata Argentina?
Juara Piala Dunia Qatar 2022, Argentina dilihat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat para peminatnya yang menyambut khas buat negara Bangladesh.
Argentina dalam satu kongsian yang dibuat melalui laman Twitter-nya menyeru semua rakyat Bangladesh berbahagia dan mencipta memori indah bersama keluarga pada hari istimewa buat umat Islam.
Namun timbul tanda tanya dalam puluhan negara Islam di dunia, mengapa negara Bangladesh yang menjadi pilihan dan bukan negara besar seperti Arab Saudi, Qatar, UAE, Malaysia ataupun Indonesia yang mana mereka baru sahaja mengadakan perlawanan persahabatan di sana baru-baru ini.
Ramai netizen yang membalas kongsian yang dibuat oleh negara tersebut seolah-olah hanya Bangladesh sahaja yang merupakan negara Islam di dunia ini.
Kenapa perkara ini terjadi adakah berkemungkinan disebabkan oleh beberapa faktor yang sebelum ini terpalit dengan bintang Argentina iaitu Lionel Messi.
Jika dilihat sebelum ini, alasan mengapa Argentina memilih untuk membuat ucapan ini ditujukan khas buat Bangladesh adalah mungkin disebabkan untuk mengelak daripada memilih negara-negara Arab yang lain kerana isu perpindahannya sebelum ini ke Arab Saudi gagal dan memilih gaya hidup di Amerika Syarikat bersama Inter Miami.
Kenapa tidak menyebut Indonesia? Baru-baru ini pasukan Argentina ke Indonesia bagi tujuan perlawanan persahabatan namun tanpa kelibat Messi merunsingkan para peminat sekaligus ramai yang menjual tiket mereka apabila mendapat tahu berita tersebut.
Hal ini secara tidak langsung menjadi topik perbualan hangat oleh netizen terutama di Twitter yang mempersoalkan apa sebab sebenarnya punca Argentina tidak mengucapkan buat semua umat Islam.