Kita buat kesilapan tapi kita bernasib baik menang – Patt Sriwijit
Ketua jurulatih Selangor TOT United, Patt Sriwijit mengakui pasukannya bernasib baik apabila berjaya menang 2-1 (agregat 4-2) dalam perlawanan suku akhir Malaysia Premier Futsal League (MPFL) sebentar tadi.
“Hari ini kami sangat bernasib baik kerana Pulau Pinang sebuah pasukan yang hebat. Banyak kali saya beritahu pemain saya bahawa pasukan lawan adalah pasukan yang cukup berbahaya.
Kita cuba kurangkan buat kesilapan namun ia tetap berlaku tapi kita bernasib baik menang,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Terdahulu Selangor TOT turun pada aksi kedua suku akhir dengan bekalan selesa apabila menang 2-1 pada perlawanan suku akhir pertama.
Sriwijit berkata selepas ini beliau dan barisan kejurulatihan apabila membuat video analisis untuk melihat kelemahan yang perlu diperbaiki sebagai persiapan untuk perlawanan separuh akhir.
Dalam pada itu, walaupun masih belum mengetahui lawan yang akan ditemui pada separuh akhir nanti, namun beliau dapat merasakan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menjadi lawan mereka berikutan menang besar pada suku akhir pertama sebelum ini.
“Walaupun JDT adalah pasukan baru, tapi mereka dibarisi oleh ramai pemain kebangsaan Malaysia dan mereka juga mempunyai dua pemain import yang cukup berkualiti.”
Sementara itu, Sriwijit juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang hadir terutamanya penyokong Selangor TOT yang bukan sahaja memeriah perlawanan tetapi membakar semangat pemainnya.