Antonio Hirata akui sorakan penyokong bantu Selangor TOT benam Pulau Pinang

117

Pemain import Selangor TOT United, Antoinio Hirata mengakui sorakan gemuruh penyokong membakar semangat beliau dan rakan sepasukan untuk memberikan aksi terbaik ketika menentang Pulau Pinang pada suku akhir kedua Malaysia Premier Futsal League (MFPL) petang tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Panasonic Shah Alam menyaksikan mereka berjaya menang 2-1 sekaligus layak ke separuh akhir dengan agregat 4-2.


“Saya sangat teruja dengan kehadiran penyokong yang begitu ramai dan kehadiran mereka membakar semangat saya dan rakan sepasukan untuk beri aksi terbaik sepanjang perlawanan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Hirata yang merupakan pemain kacukan Jepun-Brazil ini tidak dapat menafikan bahawa Pulau Pinang adalah sebuah pasukan yang cukup bagus dan mereka beri saingan yang cukup sengit.

Kami tahu pasukan lawan sebuah pasukan yang bagus di setiap posisi, tapi kami tidak mengalah dan beri saingan sengit. Dengan semangat berpasukan yang cukup tinggi, kami berjaya guna peluang yang ada untuk menjaringkan gol.”

Dalam pada itu, kemenangan Selangor TOT ke atas Pulau Pinang menyaksikan mereka berjaya menempat slot ke separuh akhir di mana mereka berkemungkinan besar akan bertemu dengan pasukan JDT.

Menyedari bakal bertemu dengan pasukan pilihan yang dibarisi oleh ramai pemain kebangsaan Malaysia, Hirata berkata pasukannya sudah bersedia dan akan datang ke perlawanan dengan misi untuk menang.

“Perlawanan menentang JDT nanti ada saya atau tidak, kami sasar untuk menang.”