Pemain ni seperti kanak-kanak di sekolah, kena sentiasa ‘bantai’ baru mereka belajar – Bojan Hodak

276

Ketua jurulatih KL City FC, Bojan Hodak berang dengan pemainnya selepas mereka bolos di saat-saat akhir sekaligus menafikan tiga mata di tempat sendiri apabila mereka hanya sekadar seri 1-1 dengan Negeri Sembilan FC.

Hodak berkata situasi yang berlaku ketika ini sama seperti awal musim 2021 yang mana mereka berdepan masalah sama iaitu banyak perlawanan mereka bolos di saat-saat akhir.


“Kalau anda masih ingat musim 2021 perkara sama berlaku dalam beberapa perlawanan apabila kami bolos di saat-saat akhir dan selepas kami perbaiki kelemahan itu kami mula menang pada pusingan kedua liga.

Pemain ini seperti kanak-kanak di sekolah, kena sentiasa ‘bantai’ baru mereka belajar,”

katanya.

Tambahnya lagi, apa yang membuatkan beliau kecewa adalah kerana pasukannya berjaya bermain dengan cukup baik sepanjang 90 minit perlawanan, namun cuaca panas menyebabkan pemain cepat keletihan dan hilang fokus.

“Selepas 90 minit perlawanan dalam keadaan cuaca panas, pemain mula kepenatan dan hilang fokus dan pemain tidak mengawal pemain berhampiran tiang gol dan kami bolos.”

Dalam pada itu, pengendali dari Croatia itu juga berkata tonggak utama Giancarlo Gallifuoco yang diusung keluar tidak mengalami kecederaan serius dan hampir kesemua pemainnya cergas menjelang perlawanan akhir Piala FA pada 22 Julai ini.