Bagai jatuh ditimpa tangga, apakah nasib Kuching City seterusnya?

151

Keputusan ketua jurulatih Kuching City FC (KUFC), Irfan Bakti Abu Salim dan penolong ketua jurulatih Sulaiman Hussin pada pertengahan musim umpama ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ berikutan mereka kini bergelut dalam saingan Liga Super.

Ini bukan kali pertama Irfan Bakti meletak jawatan kerana sebelum ini pengendali berpengalaman ini pernah menghantar surat peletakan jawatan sebelum ini dek prestasi terumbang-ambing pasukan tapi ditolak oleh pihak pengurusan The Cats.


Bagi Sulaiman Hussin pula, walaupun jodohnya bersama KUFC tidak bertahan lama, beliau berharap agar kesemua pemain dapat menerima keputusan beliau dan Irfan Bakti dengan terbuka demi memberi ruang dan peluang untuk perubahan dilakukan demi kebaikan kelab.

Persoalan yang menjadi tanda tanya peminat ketika ini adalah siapakah yang bakal mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih KUFC yang baru.

Ini kerana pasukan yang masih ‘hijau’ ini perlukan seorang pengendali yang cukup berpengalaman untuk membawa pasukan itu kembali ke landasan tepat.

Dalam pada itu, selepas peletakan jawatan Irfan Bakti, kini timbul spekulasi yang mengatakan bahawa beliau dalam perbincangan dengan salah sebuah kelab di Utara tanah air.