Tuntutan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu dianggap terburu-buru?

2,868

Prestasi skuad Terengganu FC yang masih terumbang-ambing di Liga Super Malaysia musim ini meresahkan para penyokong dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang menuntut perubahan segera dilakukan.

Selepas menamatkan liga edisi musim lepas di tangga kedua, persatuan bola sepak negeri itu tahun ini seakan masih belum berpuas hati kerana keadaan pasukannya yang seolah-olah masih belum mendapat rentak yang sebenar.


Dengan mencatat keputusan tujuh menang, empat seri dan enam kekalahan termasuk tersingkir di peringkat separuh akhir Piala FA bulan lepas menyebabkan PBSNT mahukan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu Ab Rasid Jusoh segera undur diri dan mengambil tanggungjawab penuh akan prestasi pasukan yang tidak memuaskan.

Desakan itu juga adalah kerana tindakan Rasid Jusoh yang bertanggungjawab penuh sebelum ini dalam keputusan peletakkan jawatan ketua jurulatih iaitu Nafuzi Zain serta kemelut yang melanda pasukan itu sebelum ini.

Kerisauan berkenaan konsistensi kelab itu juga adalah kerana Sang Penyu yang bakal bermain di Piala AFC pada September depan.

Walaubagaimanapun, pertikaian keputusan pihak PBSNT pada pertengahan musim ini masih boleh dianggap sebagai satu keputusan yang terburu-buru dan bukan tindakan yang wajar kerana pasukan itu masih mempunyai peluang untuk memperbaiki kedudukan mereka di bawah kendalian pengendali dari Crotia, Tomislav Steinbruckner.

Rasid Jusoh yang dilantik sebagai CEO kelab itu sejak tahun 2020 telah banyak membawa penstrukturan positif dari aspek infrastruktur kelab dan dari sudut komersial dalam membawa perubahan yang mendorong kepada kemajuan pasukan itu sebelum ini.

Faktor masa perlu diberikan kepada pihak pengurusan serta jurulatih sebelum Terengganu kembali mendapatkan rentak yang sebenar.

Konflik dalaman ini juga perlu dimuktamadkan segera agar tidak berkekalan selamanya kerana akan mengganggu mentaliti pasukan yang masih perlu bersaing untuk mendapatkan kualiti permainan yang sebenar.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen