Selangor FC kekal di tangga kedua Liga Super, TCH mahu pemain fokus kejar matlamat
Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe (TCH) komited bahawa musim hadapan mungkin giliran mereka bermain di peringkat tinggi Piala AFC.
Menurut TCH, walaupun mereka kini berada di kedudukan kedua Liga Super, namun mereka tidak boleh berasa selesa kerana masih mempunyai banyak perlawanan yang perlu ditempuhi bagi mengesahkan slot mereka
TCH memberitahu meskipun kini mereka sedang menduduki tangga kedua liga namun masih ada beberapa perlawanan lagi yang perlu mereka tempuhi bagi memastikan slot ke pentas Asia menjadi milik mereka.
“Kita ada beberapa perlawanan lagi untuk dimainkan dalam lapan ke sembilan perlawananan dan kita perlu lebih fokus dalam setiap perlawanan agar tidak kehilangan mata tapi apa yang lagi penting adalah kita ada pemain yang bagus, pihak pengurusan yang baik dan kita kena terus fokus bagi capai matlamat yang telah ditetapkan,”
katanya.
Menjelang perlawanan Liga Super seterusnya pada minggu hadapan, Selangor bakal dijadualkan untuk bertemu dengan pendahulu liga iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sehingga kini masih gah di puncak tanpa sebarang kekalahan.
Beliau mengakui kekuatan JDT berada ditahap yang berbeza tetapi pemainnya akan bekerja lebih keras untuk bersaing dengan Juara Piala FA itu memandangkan mereka akan bertandang ke stadium keramat pasukan tersebut.
“JDT sememangnya berada di tahap yang berlainan jika kita lihat baik di Liga Super ataupun Piala FA yang baru mereka juarai tampak kekuatan mereka cukup baik dan seimbang tapi kita (Selangor FC) perlu bekerja lebih keras untuk bersaing dengan mereka sebab jika JDT main di tempat mereka memang cukup kuat dan gagah.”
Selangor kini berada pada prestasi terbaik mereka apabila berjaya menang empat dari lima perlawanan terakhir mereka.