Inisiatif Rahmah akan diperluaskan ke sukan – Hannah Yeoh

124

Menteri Belia dan Sukan (KBS), YB Hannah Yeoh memberitahu bahawa Inisiatif Rahmah yang dicetuskan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub akan diperluaskan dalam industri sukan pula.

“Saya pernah berbincang dengan Allahyarham mengenai perkara ini yang melibatkan peralatan sukan untuk pastikan kanak-kanak mempunyai akses terhadap peralatan sukan.

Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) juga telah menyatakan pada hari ini bahawa Inisiatif Rahmah ini akan diteruskan kerana ia sangat popular dalam kalangan rakyat kerana ia sangat membantu mereka,”

katanya.

Tambahnya lagi, mereka akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara ini pada mesyuarat kabinet untuk melihat bagaimana inisiatif ini dapat diperluaskan.


Kesinambungan Insiatif Rahmah ini sekaligus memberi penghargaan dan penghormatan buat Allahyarham Salahuddin yang menjadi wira ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup sebelum ini.

Antara inisiatif yang diperkenalkan sebelum ini termasuk Menu Rahmah, Bakul Rahmah, Pakej Rahmah dan Kafe Rahmah.

Hannah yang ditemui ketika majlis ramah mesra atlet pecut negara Muhammad Azeem Fahmi bersama pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1).

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu bahawa pihak KBS dengan kerjasama MSN (Majlis Sukan Negara) akan meneruskan program-program ramah mesra atlet bersama anak-anak muda di seluruh negara.

“Sudah pasti kita akan adakan engagement atlet bersama rakyat untuk mereka tahu cabaran atlet kita kerana jika mereka hanya mengikuti perkembangan di media sosial sahaja, ia tidak akan sampai.”

Pada masa sama Hannah juga mahu Majlis Sukan Negeri (MSN) turut mengadakan program yang sama supaya anak-anak muda dapat mengambil perkara positif daripada atlet-atlet berbanding mengikuti pempengaruh tidak elok.