Ubi muda kacukan Ireland kini sedang diasah di Kedah Darul Aman FC
Pemain muda berdarah kacukan Ireland-Malaysia, Adam Shahril kini dilihat sedang menyinari kem skuad Piala Presiden Kedah Darul Aman FC (KDA) C memperlihatkan kesungguhan pihak pengurusan kelab terhadap pembangunan bola sepak kelab itu.
Bakat muda yang sedang digilap itu merupakan satu inisiatif yang baik untuk perkembangan bola sepak tempatan yang semakin kurang bakat-bakat yang boleh bermain baik secara konsisten.
Peminat Sang Kenari mula memberikan respon yang menggalakkan selepas kemasukkan pemain muda berusia 18 tahun tersebut yang dianggap sebagai bakal pelapis masa hadapan buat skuad Kedah dan negara.
Bermain di posisi penyerang, pemain ini pernah menimba ilmu di Akademi Bola Sepak Ireland iaitu Galway United selama lima musim.
Galway United merupakan kelab di divisyen satu Liga Ireland yang banyak melahirkan pemain-pemain muda berkualiti.
Sebelum menyertai skuad muda Kedah pada awal tahun, beliau juga pernah beraksi selama semusim bersama Akademi Moyne Villa yang juga berpengkalan di Ireland, dan dengan pengalaman sedia ada diharap beliau dapat memberi nilai tambah kepada skuad muda Kedah.
Dalam pada itu, Adam Shahril yang mempunyai potensi besar telah didaftarkan sebagai pemain tempatan kerana status warganegara bapanya yang memang berasal dari Malaysia justeru memudahkan proses dokumentasi beliau.
Langkah pantas yang dilakukan oleh pihak pengurusan Kedah ini juga perlu diberikan pujian dan perlu dicontohi oleh pasukan lain kerana dapat membantu pembanggunan boleh sepak negara.
Pendedahan awal Adam Shahril dengan corak permainan di Malaysia akan memudahkan beliau untuk diserap ke skuad utama tidak lama lagi.