Tekanan lebih pada mereka kerana JDT pasukan besar kami hanyalah ‘underdog’ – Yazid Kamaruzuan

194

Ketua pasukan skuad Selangor TOT United, Yazid Kamaruzuan mengakui pasukan lawan Johor Darul Ta’zim (JDT) lebih tertekan pada perlawanan separuh akhir Malaysia Premier Futsal League (MPFL) malam tadi sebelum berjaya menewaskan mereka 7-5.

Bekas pemain Pahang Rangers itu juga menegaskan bahawa beliau yakin dengan pasukannya dan jika dilihat sebentar tadi mereka tidak bermain dalam tekanan hari ini berbanding JDT yang tampak lebih mahukan kemenangan.


“Sudah pasti saya yakin dengan pasukan saya 200% kita memang setiap perlawanan lakukan sebaik mungkin, Alhamdulillah sekarang kami di separuh akhir, dan semua perlawanan kami anggap macam final, tekanan lebih di pihak mereka kerana mereka pasukan besar kami hanyalah ‘underdog’ dan kita bermain dengan tidak terlalu tertekan,”

katanya.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Panasonic, Shah Alam malam tadi, Selangor TOT mempamerkan aksi bertenaga pada separuh masa pertama apabila mendahului 3-2, namun masuk separuh masa kedua JDT membuat kebangkitan untuk menjaringkan lima gol lagi untuk perlawanan berkesudahan 7-5.

Yazid dan pasukannya yang bakal bertandang ke Pasir Gudang minggu hadapan bagi pusingan kedua separuh akhir sangat optimis dalam usaha untuk mengekang kemaraan serangan JDT sekaligus melayakkan diri mereka ke pentas akhir.

“Pusingan kedua, tak mustahil kita akan atasi mereka balik seperti yang kita lakukan semasa separuh masa pertama tetapi hari ini rezeki berpihak kepada mereka sebab kita leka, kesilapan sikit terus dihukum, inilah futsal jadi kita balik ke latihan, gerak ke Johor pada Jumaat dan bermain semula di sana selain kami harap dapat ulangi kejayaan masa di peringkat sebelum ini tetapi kurangkan kesilapan dan atasi mereka.”

Yazid juga masih belum berpuas hati dengan prestasinya malam tadi meskipun telah mencetak nama sebagai penjaring dan mahukan lebih lagi buat pasukannya meraih kemenangan.

“Alhamdulillah, saya rasa mungkin dapat buat lebih baik lagi, tapi rezeki setakat itu sahaja, dan saya tak kisah jika skor atau tidak asalkan pasukan menang dan malam ini jika dapat samakan kedudukan tadi pun dah cukup baik tetapi untuk perlawanan seterusnya kena banyak baiki lagi.”