Dua bakat muda Korea Selatan ke Eropah bakal beri saingan kepada Malaysia di Qatar nanti

118

Dari hari ke hari, cabaran buat skuad Harimau Malaya menghadapi kejohanan Piala Asia 2023 di Doha, Qatar pada Januari tahun depan semakin mendebarkan.

Ini adalah kerana kemajuan pasukan yang berada dalam peringkat kumpulan iaitu Korea Selatan semakin maju kehadapan.


Ini adalah selepas kelab gergasi divisyen satu Liga Scotland, Celtic FC yang banyak merangkul kejuaraan liga telah menandatangani dua bintang muda daripada Korea Selatan iaitu Yang Hyun-jun dan Kwon Hyeok-kyu.

Celtic yang terkenal dalam menggilap pemain Asia di pentas Eropah kini telah mempunyai sebanyak enam pemain daripada negara Jepun dan dengan kemasukan baru ini menjadikan tiga pemain daripada Korea Selatan yang berkelana di kelab tersebut.

Kelab tersebut yang kini di bawah pengendalian jurulatih berpenggalaman iaitu Brendan Rodgers pasti akan memberikan penggalaman terbaiknya dalam terus melatih duo dari Korea Selatan itu untuk meningkatkan prestasi dan bakat mereka.

Dalam pada itu, Kwon Hyeok-jun yang sudah mempunyai lapan kaps dan Yang Hyun-jun pula dua kaps dalam skuad bawah 23 tahun Jepun merupakan prospek terbaik yang akan dijadikan sandaran bagi menguatkan skuad itu di Qatar nanti.

Perkembangan positif pasukan itu perlu diambil kira oleh pasukan kebangsaan sebagai persediaan sebelum menghadapi dan memberikan saingan di Piala Asia kelak.

Walaubagaimanapun, kemajuan tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil dan akan menjadi penghalang buat pasukan Harimau Malaya dalam memberikan prestasi terbaik justeru melakar kemenangan pada Piala Asia nanti.

Pencapaian ini juga perlu dijadikan sumber inspirasi buat pasukan kebangsaan yang akan bersaing pada Januari nanti agar tidak memandang rendah lawan dan sentiasa memberikan persembahan terbaik sekiranya diberikan peluang.