Tiada alasan lagi buat pemain tempatan untuk berkelana ke rantau Asia kembangkan bakat

435

Sekiranya pemain-pemain bola sepak Malaysia masih belum setanding untuk bersaing di dalam liga divisyen satu dan dua di negara luar, mungkin pembukaan liga divisyen tiga Liga Arab boleh menjadi medan baru arah tuju buat para pemain tempatan.

Hal ini berikutan selepas Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) menawarkan peluang buat pemain asing untuk baraksi di liga divisyen tiga mereka dengan tawaran gaji yang lumayan serta faedah seperti rumah dan kereta yang juga diberikan.


Perkembangan positif ini merupakan satu pendedahan yang positif kepada para pemain untuk menggilap bakat serta menambah penggalaman bermain di pentas yang lebih profesional dan kompetitif.

Pemain tempatan perlu berani untuk keluar dari rantau Asia Tenggara dan mengambil risiko sekiranya ingin terus memajukan diri kerana sampai bila pemain ingin merasa selesa bersaing hanya di dalam liga tempatan sahaja tanpa mempunyai inisiatif untuk mencipta legasi di liga luar dari Malaysia.

Contoh paling hampir yang boleh dijadikan inspirasi adalah pemain muda Kemboja iaitu Sieng Chanthe yang telah melengkapkan perpindahannya secara pinjaman ke kelab divisyen dua Qatar, Al Shahaniya untuk meluaskan penggalaman beraksi di liga luar.

Selain itu, Ekanit Panya berusia 23 tahun juga telah menyahut panggilan kelab gergasi dari Jepun iaitu Urawa Reds Diamond secara pinjaman selama enam bulan untuk memperkuatkan jentera pasukan itu bagi bersaing menghadapi baki saingan J1 League.

Kelab berkenaan merupakan juara AFC Champions League (ACL) pada tahun lepas pasti akan memerlukan khidmat pemain tengah Thailand itu untuk menghadapi saingan ACL pada edisi tahun ini.

Sekiranya pemain dari Asia Tenggara seperti Kemboja dan Thailand mampu untuk bermain di liga luar untuk mengembangkan bakat mereka sedangkan pemain tempatan masih ragu-ragu untuk berhijrah ke luar negara.

Istilah zon selesa sudah tidak relevan lagi buat para pemain tempatan kerana kini terdapat terlalu banyak persaingan. J

ika bukan bermain di Eropah maka rantau Asia sekurang-kurangnya mampu menjadi tempat yang sesuai buat para pemain menimba ilmu.