Come on Malaysia! buka sikit minda! – Daddyhood

1,008

Pemilik pasukan e-sukan Homebois, Daddyhood menyeru semua peminat permainan Mobile Legends tempatan untuk membuka minda dengan lebih meluas terutama dalam melihat usahanya untuk mengembangkan lagi pasaran e-sukan tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.

Daddyhood atau nama sebenarnya Nureddy Nursal memberitahu bahawa perancangannya membawa pasukan e-sukan Homebois ke Singapura adalah bertujuan mengembangkan lagi pasaran pemain-pemain tempatan selain ingin memecahkan dominasi RSG Singapura yang sudah bermusim mengungguli Mobile Legends Bang Bang Professional League (MPL) Singapura.


“Come on Malaysia! buka sikit minda! Kita kena step up the game, kita tak boleh duduk di sini sahaja, kita kena melebarkan sayap,

Sebab utama saya nak bagi peluang kepada anak-anak muda Malaysia bermain di luar, ke Singapura ini bukan satu jalan mudah ya, tak mudah mahu memecahkan dominasi RSG Singapura, dekat Malaysia kita bukannya lemah, sekarang kita sudah siap sedia dan kita percaya dengan persiapan kita,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Daddyhood berkata demikian selepas sidang media Majlis Pelancaran MPL MY musim ke-12 yang turut dihadiri oleh beberapa muka depan Mobile Legends tempatan antaranya  ketua e-sukan Yoodo Red Giant iaitu Simon Lim, pemain-pemain daripada RSG Slate MY iaitu Rippo dan juga caster-caster MPL MY.

Menjelang perlawanan pembukaan musim bary MPL Malaysia bermula pertengahan Ogos nanti, Daddyhood meletakkan harapan yang tinggi kepada pasukannya untuk menjuarai musim kali ini.

“Harapan saya memang kami nak juara, saya pegang Homebois sejak musim 7, mudah-mudahan kita berjaya ke M5, andai kata kita perlu melalui Wild Card pun kita akan bersungguh-sungguh dan memanfaatkan kelebihan bermain di negara kita.”

Dalam pada masa sama, Daddyhood yang kini telah meraih pengiktirafan bluetick di media sosial Instagramnya menyeru semua pemilik-pemilik pasukan e-sukan di Malaysia untuk menyapa media dengan lebih mesra dan mencontoh dirinya.

“Harapnya semua pasukan di Malaysia dapat bluetick macam saya, jika media tanya jawab elok-elok.”