Inisiatif FAS anjurkan liga wanita wajar dipuji

261

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) tampil selangkah ke hadapan apabila menganjurkan Liga Super Wanita (FASWSL) 2021. Liga yang bakal memasuki pusingan separuh akhir itu ternyata mendapat sambutan baik di kalangan peminat setempat.

Meninjau respon penyokong di laman sosial media dan malah ada juga yang menyaksikan perlawanan secara langsung di Radia Arena Bukit Jelutong, ternyata sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Malah ada yang berpendapat ‘vibes’nya hampir sama dengan sambutan fans di Liga Super. Berikut adalah ciapan peminat berkenaan liga tersebut.


Sebanyak 12 pasukan bertanding merebut gelaran juara FASWSL. Liga yang dikhaskan untuk wanita dan berobjektif bagi membuka peluang kepada pemain bolasepak wanita untuk mendapatkan atmosfera yang selamat selain mengetengahkan pemain amatur yang berpotensi untuk menjadi pemain pro suatu hari nanti.

Pusingan semifinal bakal menyaksikan MBSJ FC menentang The Footsouls. MSBJ menempah slot ke separuh akhir dengan menang bergaya menewaskan lawan mereka, First 11 FC dengan skor 4-0. Manakala The Footsouls melayakkan diri dengan menyingkirkan Leopard FC dengan skor 2-0.

Turut sama mara ke peringkat seterusnya adalah pasukan Negeri Sembilan Women’s FC (NSWFC) apabila menewaskan UiTM FC 4-0. FC Swat pula memanfaatkan sepak penalti yang mereka dapatkan pada minit ke-65 sekaligus mengatasi SA United FC dengan skor 1-0.

FAS dalam masa yang sama berharap agar inisatif mereka ini bukan sahaja melahirkan bakat wanita dalam kalangan pemain, malah juga mencungkil kebolehan mereka yang berpotensi untuk menjadi pengadil dan pegawai pengurusan wanita. Sememangnya penganjuran ini layak dipuji sebagai suatu langkah memperkasakan wanita dan membuang segala tanggapan bahawa bolasepak adalah untuk lelaki sahaja. Tahniah sekali lagi kepada FAS!