Penggantungan Faisal Halim pada masa yang tidak sesuai rosakkan perancangan Kim Pan-gon

1,892

Berikutan penggantungan pemain merangkap kapten skuad Harimau Malaya iaitu Faisal Halim pada masa yang getir ini pasti akan memberikan kesan kepada perancangan ketua jurulatih pasukan kebangsaan Kim Pan-gon dalam misinya memperbaiki tangga kedudukan Malaysia.

Tanpa tonggak penting yang selama ini menjadi pilihan utama dalam bahagian serangan semestinya akan mengganggu persiapan rapi yang telah dibuat oleh jurulatih daripada Korea Selatan itu sebelum ini.


Tambahan pula, pasukan kebangsaan bakal menghadapi Kejohanan Pestabola Merdeka pada bulan Oktober nanti sebagai persediaan sebelum bermain di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar awal Januari depan.

Pemain Selangor FC yang telah menjaringkan sebanyak sembilan jaringan dan 10 bantuan jaringan pada musim ini pasti khidmatnya ditagih untuk membantu jentera serangan negara untuk memberi saingan dalam Piala Asia kelak.

Tambahan pula, pemain itu merupakan antara nama yang berjuang dalam edisi kelayakan pada bulan Jun lepas untuk membawa pasukan Malaysia layak secara merit setelah penantian selama lebih 40 tahun.

Faisal yang sedang menjalani hukuman penggantungan itu pasti akan memberikan kesan kepada prestasi beliau kerana bakal kehilangan minit permainan selain hanya boleh bergantung harap pada latihan semata-mata sahaja untuk terus meningkatkan prestasinya yang sedang berada di kemuncak kini.

Maka hanya terdapat dua pilihan sahaja yang relevan buat masa ini iaitu sama ada pilih ataupun gugurkan sahaja nama beliau daripada skuad kebangsaan.

Dengan 23 kaps bersama skuad kebangsaan dan 10 jaringan, pemain itu telah menjadi pemain kegemaran Kim Pan-gon sejak menjadi pengendali Harimau Malaya kerana kelincahannya serta kena dengan taktikal yang diterapkan di atas padang.

Faisal dijangka akan terus menjadi pilihan Pan-gon kerana pengendali itu telah memberitahu bahawa beliau tidak akan membuat perubahan drastik dalam pasukan ketika kejohanan besar bakal berlangsung.