Undian Sukan Asia Hangzhou meriah tanpa Malaysia berikutan jadual padat dan bertindih
Kemeriahan Sukan Asia 2022 yang bertempat di Hangzhou, China semakin terasa, lebih-lebih lagi dalam acara bola sepak yang telah menamatkan acara cabutan undiannya sebentar sahaja tadi.
Skuad Harimau Malaya dan Malayan Tigress tidak menyertai temasya pada edisi kali ini kerana memberikan fokus pada sepenuhnya kepada Kelayakan Piala Asia B-23 2024 yang bakal berlangsung pada bulan yang sama.
Jadual yang bertindih tersebut itu juga membolehkan pasukan kebangsaan B-23 itu untuk memberi fokus pada tiga kejohanan yang menjadi keutamaan sahaja pada tahun ini iaitu pada Sukan SEA di Kemboja tempoh hari, kelayakkan Piala Asia B-23 2024 dan juga Piala AFF B-23 yang akan bermula Ogos nanti.
Tambahan pula, skuad kendalian E. Elavarasan itu sedang memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang ditawarkan dalam kejohanan Piala Asia B-23 nanti.
Sebanyak 23 pasukan dari rantau Asia yang menyertai kejohanan ini dan empat daripadanya adalah daripada Asia Tenggara yang bakal memulakan perlawanan bola sepak bermula 19 September 2023 hingga 7 Oktober 2023.
Setelah undian dicabut sebentar tadi, negara jiran Indonesia telah diundi di dalam Kumpulan F bersama-sama dengan Korea Utara, Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei.
Manakala Thailand pula di undi dalam Kumpulan E bersama negara Kuwait, Bahrain dan gergasi asia Korea Selatan.
Vietnam pula berada dalam Kumpulan B bakal bersaing bersama Arab Saudi, Iran serta Mongolia.
Myanmar yang juga turut menghantar pasukan bola sepak telah di undi dalam Kumpulan A bersama China, India dan Bangladesh.
Kumpulan yang dijangkakan bakal berentap sengit adalah Kumpulan D yang terdiri daripada Jepun, Qatar dan Palestin.
Kerancakkan negara-negara dari Asia Tenggara yang turut bersaing di pentas besar ini pasti akan membantu dalam perkembangan dan kemajuan bola sepak di rantau Asia.