Akmal Abd Rafil akui Malaysia punya ramai pemain FIFAe berkualiti tapi perlukan pendedahan
Pemain skuad eRimau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Akmal Abd Rafil mengakui negara mempunyai ramai pemain FIFAe berkualiti untuk bersaing di pentas dunia tapi kurang pendedahan.
Menurut Akmal, antara salah satu fakor yang menyumbang kepada tiada pendedahan kerana ia masih baru di negara.
“Bagi saya pendedahan FIFA tu kurang tapi saya yakin di Malaysia kita mempunyai bakat berkualiti yang boleh bersaing di pentas dunia, tapi mungkin mereka tak nampak pathway untuk bermain secara serius.
Ia boleh dikatakan agak baru di Malaysia jika hendak dibandingkan di Eropah yang mana mereka sudah bermain sejak dari tahun 2018 lagi,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Beliau pada masa sama turut membertahu bahawa penyertaan beliau bersama rakan sepasukan Luqman ke FIFA eNations Cup 2023 merupakan kejohanan pertama pasukan Malaysia layak.
Pada kejohanan tersebut, skuad eRimau FAM gagal melayakkan menempatkan diri dalam pasukan empat teratas untuk layak ke Pusingan 16 Terbaik apabila sekadar menang satu, seri tiga dan kalah satu.
Dalam pada itu, Akmal gembira melihat perkembangan terbaru apabila menyaksikan kini lebih ramai pasukan dari Malaysia mula mengambil bahagian.
“Selepas saya dan Luqman layak buat kali pertama Piala Dunia tahun lepas, orang baru nampak dan pada tahun ini saya lihat banyak pasukan dari Malaysia yang main pada kelayakan dan mereka pamer prestasi hebat sehingga ada yang hampir berjaya nak layak ke Piala Dunia.”
Situasi ini akan menyaksikan kualiti pemain-pemain negara dijangka akan meningkat dan dengan pendedahan perlu diperluaskan.
Sementara itu, Akmal turut memberi nasihat kepada sesiapa sahaja yang ingin menceburi dunia e-sukan perlu mempunyai mental yang kuat selain cepat adaptasi dengan permainan.
Beliau pada masa sama turut menegaskan bahawa penting untuk bijak mengimbangi antara karier dan pelajaran supaya mampu cemerlang dalam kedua-dua bidang itu.