Kisah inspirasi Ryota Iwaoka jumpa Ronaldo perlu jadi inspirasi buat semua pemain muda

391

Daripada menjadi bahan jenaka gelak tawa kini Ryota Iwaoka buktikan tiada yang mustahil buat dirinya untuk bergelar sebagai pemain bola sepak profesional.

Sembilan tahun yag lalu viral seorang kanak-kanak lelaki yang melakukan temubual bersama pemain bintang bola sepak dunia iaitu Cristiano Ronaldo dengan menggunakan bahasa Portugis.


Walaupun tergagap-gagap kerana tidak fasih tetapi usaha itu dipuji oleh Ronaldo yang kemudiannya mendampingi Ryota untuk memberikan kata-kata semangat.

Kini, Ryota bermain bola sepak sebagai pemain tengah di Universiti Yamanashi Gakuin, Jepun.

Sebelum ini beliau pernah berjaya membawa pasukan sekolah tingginya untuk layak ke kejohanan All Japan High School Soccer Tournament pada tahun 2021.

Dalam kejohanan itu, Ryoka merupakan aset yang memainkan peranan penting dalam pasukannya sehingga berjaya membawa pasukannya melangkah ke peringkat suku akhir.

Namun, akibat mengalami kecederaan beliau tidak dapat meneruskan permainannya dan terus menyumbangkan rentak kecemerlangan.

Walaupun begitu, pasukan itu tetap berjaya melangkah ke peringkat akhir justeru menjadi juara pertandingan pada kejohanan yang bertahap tinggi peringkat sekolah-sekolah di Jepun.

Kenangan dan kata-kata semangat semasa beliau menemubual Ronaldo menjadi inspirasi buat dirinya untuk tidak mengalah dan terus berjaya.

Tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan mendapat panggilan untuk mewakili negaranya kerana merupakan satu prospek bakat muda yang berpotensi besar.

Malah, cita-citanya untuk bermain bersama bintang Portugal, Ronaldo juga tidak mustahil boleh tercapai.

Kisah ini juga boleh menjadi inspirasi buat pemain muda di Malaysia bahawasanya tiada apa yang mustahil dalam bola sepak sekiranya kita berusaha keras.

“Berkerja keras dan jangan lepaskan peluang apabila ia datang”; Kata-kata Ronaldo kepada Ryota Iwaoka.