Tak lambat sangat ke liga bermula?
Liga Malaysia yang hanya akan bermula pada awal Mac itu dirasakan bermula agak lewat memandangkan bulan Ramadhan akan bermula pada awal April.
Ini dikhuatiri akan mengganggu momentum pemain yang baru bermula sebulan kemudian harus memperlahankan rentak bila memasuki bulan Ramadhan.
MFL telah mengumumkan jadual pembukaan liga yang dimulakan dengan Piala Sumbangsih pada penghujung Februari. MFL seharusnya ‘aware’ dan mengambil kira tentang tarikh Ramadhan kerana pemain baru sahaja berada di fasa nak ‘panaskan badan’ tapi terpaksa memperlahankan rentak.
Pemain seharusnya berpeluang untuk beraksi lebih lama sebelum bulan puasa dan sekaligus mempunyai masa untuk menyesuaikan diri dengan jadual dan rutin baru mereka sepanjang bulan Ramadhan. Bulan puasa seringkali dikaitkan dengan isu tahap kecergasan pemain kerana penurunan momentum dan tidak dapat menunjukkan prestasi maksima.
Dan bagi pemain pula, mereka harus bijak menyesuaikan tubuh badan mereka dengan situasi. Ini kerana kecergasan adalah faktor utama yang diperlukan dalam permainan bolasepak. Pemain perlu merancang pemakanan dan beradaptasi dengan perubahan jadual latihan ataupun perlawanan.
Memahami bahawa berpuasa adalah tuntutan agama, oleh itu sebagai penganjur liga mereka harus bertoleransi dengan keadaan pemain. Selebihnya, MFL sepatutnya sudah ‘arif’ mengenai situasi penyusunan jadual liga ini dan tidak perlu timbul lagi persoalan kerana sudah saban tahun menguruskannya.