Jangan hanya pada perlawanan besar, teknologi robot kamera patut digunakan untuk semua aksi

2,255

Penggunaan robot kamera pada perlawanan Johor Darul Takzim (JDT) dan Selangor FC mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan apabila robot kamera atau dikenali sebagai ‘Robotic Dolly’ itu berlegar di tepi dan dalam padang.

Inisiatif untuk menambah kualiti tayangan secara langsung dari pelbagai sisi tersebut perlu dipuji kerana boleh menjadi satu langkah yang inovatif untuk meningkatkan mutu tayangan yang sebelum ini dikritik hanya bertahap kampung.


Terutamanya adalah buat para penonton di rumah yang telah mengeluarkan sejumlah wang untuk melanggan siaran berikut untuk memberi sokongon penuh akan liga bola sepak tempatan.

Ini juga menimbulkan persoalan bahawa terdapat pelbagai inisiatif yang boleh diambil untuk meningkatkan kualiti tayangan sebelum ini tetapi mengapa baru sekarang kamera robot tersebut hendak digunakan ?

Teknologi yang sudah berkembang sekian lama di liga bola sepak Eropah ini jelas merupakan satu langkah kanan sekiranya terus digunakan oleh pihak penyiaran Liga Malaysia untuk memberikan siaran yang lebih berkualiti dalam setiap perlawanan bola sepak tempatan.

Teknologi ini juga dilihat mampu menyelesaikan masalah detik rakaman yang tidak jelas serta sudut kamera yang sebelum ini tidak tepat untuk menunjukkan situasi sebenar ketika perlawanan sedang berlangsung.

Malah, sekiranya tekonologi ini hanya digunakan dalam permainan yang besar sahaja maka ia akan merugikan pihak penyiaran dalam menyiarkan standard yang kurang memuaskan tidak seiring dengan perkembangan bola sepak kini.

Dengan penggunaan teknologi kamera ini pasti akan mempertingkatkan minat buat para penyokong bola sepak untuk untuk terus memberi sokongan pada liga tempatan justeru akan menguntungkan pihak penyiaran serta arena bola sepak negara.