Pemain Buriram United selamba tayang badan promosi jersi, contoh fizikal yang baik buat pemain bola sepak
Promosi pelancaran jersi pasukan negara jiran iaitu Buriram United mendapat sambutan ramai, ini adalah kerana konsep kelab itu yang menampilkan kekuatan fizikal badan para pemain mereka yang berotot pada bahagian perut serta kelihatan tegap.
Langkah ini adalah satu tindakan berani daripada kelab tersebut yang meyakini kekuatan fizikal para pemain yang mereka miliki sebagai aspek untuk melakukan promosi jersi keluaran kelab yang baharu dengan menjadikan mereka sebagai model.
Ini juga menunjukkan kualiti fizikal yang dimiliki oleh para pemain mereka bukanlah calang-calang dan menjadi contoh badan ideal bagi seorang pemain bola sepak.
Dalam pada itu, cara tersebut mungkin tidak sesuai digunakan oleh kelab-kelab bola sepak di Malaysia kerana mempunyai jurang perbezaan yang ketara dari segi fizikal ataupun sekurang-kurangnya otot yang baik sebagai atlet bola sepak.
Membina bentuk badan sebagai seorang pemain bola sepak merupakan satu elemen yang penting walaupun hanya mempunyai saiz badan yang berukuran rendah.
Kerancakkan bola sepak negara jiran itu untuk memperbaiki segala kekurangan dilihat sebagai satu langkah kehadapan untuk terus mengembangkan arena sukan negara mereka.
Baru-baru ini Liga Thailand juga telah mengambil inisiatif untuk mengurangkan kuota pemain import daripada Asia Tenggara kepada tiga orang sahaja yang boleh bermain untuk satu-satu kelab bagi tujuan untuk meningkatkan lagi kualiti liga mereka.
Aspek yang diletakkan ini menjelaskan bahawa standard pemain-pemain daripada Asia Tenggara yang masih rendah dan belum mencapai pemiawaian mereka untuk diambil dalam kuota yang besar ke dalam liga mereka.
Inisiatif yang baik dibawa oleh negara jiran ini boleh menjadi contoh yang positif untuk membangunkan liga serta pemain agar menjadi lebih kompetitif justeru dapat membangunkan negara pada masa yang sama.