Respect! Orang dah tak ada lagi…

184

Susulan berita pemergian bekas pemain dan pemerhati bolasepak negara Shebby Singh, tular gambar insiden tersebut di sosial media beberapa ketika. Seharusnya perkara tersebut tidak patut berlaku.

Netizen harus mempunyai sensitiviti dengan menghormati perasaan keluarga dan kawan-kawan mangsa yang bersedih akibat kehilangan mendiang.


Berita ini agak mengejutkan kerana mendiang Shebby menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika berbasikal akibat sesak nafas. Malah, Sejak berita itu menggemparkan tanah air kerana kehilangan sebuah lagi ‘permata’ dalam industri sukan kita, muncul beberapa nama yang pernah bekerjasama dan berkait rapat dengan mendiang menzahirkan rasa kehilangan mereka melalui ciapan di laman Twitter. 

Safirul yang pernah bersama mendiang sebagai producer.
Jason Dasey pernah bekerjasama bersama mendiang mengulas Liga Perdana Inggeris.
Pengulas sukan terkemuka, Zainal Abidin Rawop yang pernah bergandingan bersama mendiang sebagai ‘commentator’.
Mendiang pernah menjadi tetamu jemputan dalam rancangan Andy Penders.
Stanley Bernard bersama mendiang sebagai pairing commentator.
Blackburn Rovers F.C. turut mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang atas pemergian bekas penasihat global dan pengarah bolasepak mereka.
Manakala KL City, turut menzahirkan rasa dukacita berikutan mendiang pernah beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur dari tahun 1984-1990.
JDT mengucapkan takziah kepada keluarga Shebby yang pernah berkhidmat sebagai pemain Johor FA dan pengarah teknikal JDT.

Peminat bolasepak tempatan dan antarabangsa pasti akan merindui dan mengingati mendiang sebagai seorang pengulas dan pengkritik bolasepak dengan ulasan yang mantap. Beliau digambarkan sebagai insan yang tidak pernah kedekut berkongsi ilmu dan dikenali semua peringkat umur.

Kami di Harimau Malaya turut berduka cita dan meras kehilangan atas pemergian beliau.

‘Rest In Peace, a true legend, Serbegeth Singh’.