Pertukaran yang dilakukan Selangor FC jadi punca kami tewas, kita juga buat kesilapan mudah – Eddy Gapil
Pembantu jurulatih PDRM FC, Eddy Gapil mengakui pertukaran pemain dan taktikal yang dilakukan oleh Selangor FC menjadi punca lawan mereka bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk mendapatkan kemenangan 4-1.
Katanya, selepas Selangor menjaringkan gol pertama, moral para pemain sedikit menurun dan menyebabkan pihak lawan berjaya menjaringkan lebih banyak gol.
“Apa yang berlaku malam ini salah satunya mungkin disebabkan pertukaran taktikal Selangor.
Kedua adalah disebabkan kesilapan pasukan kita gagal kawal bahagian tengah dan tempo permainan, jadi kita bergelut dan lepaskan gol mudah,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Walaubagaimanapun, Eddy masih belum mahu mengangkat bendera putih dan berharap mereka dapat memperbaiki kesilapan menjelang perlawanan kedua.
Dalam pada itu, beliau memuji gandingan Bruno Suzuki, Hadi Fayyadh dan Mario Arques pada perlawanan itu.
“Ini yang kita terapkan dalam sesi latihan dan ia agak berhasil, pada separuh masa pertama nampak keserasian Bruno, Hadi dan Mario.
Mario juga baru berlatih sebanyak empat kali bersama kami, saya terima kasih atas usaha yang beliau tunjukkan.”
Dalam pada itu, beliau enggan mengesahkan bahawa Datuk Yunus Alif merupakan individu yang bakal mengambil alih jawatan ketua jurulatih pasukan itu.
Beliau merasakan bahawa jika Yunus menjadi ketua jurulatih baharu PDRM, ia adalah sesuatu perkara yang positif.