Saya dah lama rancang peluk Islam, saya rasa Malaysia lebih keluarga sekarang – Bruno Suzuki

794

Pemain PDRM FC, Bruno Suzuki mengakui beliau merasakan lebih kasih sayang daripada rakyat Malaysia selepas memeluk Islam.

Katanya, selepas beliau sah bergelar muslim, beliau menerima banyak ucapan di media sosial yang menyambut penghijrahan dirinya itu.


“Saya rasa gembira sebab semua orang alu-alukan saya, pertama kali saya rasa begini.

Di media sosial juga ramai yang berikan kata-kata positif kepada saya, saya rasa Malaysia lebih keluarga sekarang,”

katanya.

Jelasnya, beliau telah merancang untuk memeluk Islam sejak sekian lama tinggal di Malaysia.

Mengenai kekalahan 4-1 pada perlawanan Piala Malaysia menentang Selangor sebentar tadi, beliau mengakui pertukaran yang dilakukan Gergasi Merah menyebabkan mereka gagal mempertahankan satu gol pendahuluan.

“Saya rasa selepas mereka lakukan pertukaran tempo mereka lebih pantas dan kita tak dapat ikut.”

Bagaimanapun, beliau percaya PDRM masih mempunyai peluang kerana masih ada perlawanan timbal balik selepas ini.

Beliau akui sukar untuk mengejar kelebihan tiga gol yang dimiliki Selangor namun percaya mereka mampu lakukan jika memperbaiki kelemahan.