Daripada dahulu KPG memang tidak eksperimen dengan skuad kebangsaan – Datuk Hamidin
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengesah Kim Pan-gon tidak pernah bereksperimen dengan skuad harimau Malaya disamping lebih kepada taktikal tersendiri dalam mengelola pasukan tersebut.
Hamidin yang ditemui selepas pelancaran Liga Wanita Nasional 2023 (LWN) memberi tahu bahawa barisan kejurulatihan yang dikendali oleh ketua jurulatih KPG tidak lagi mencuba-cuba dan kini mereka semakin komited menjelang kejohanan Piala Asia yang bakal berlangsung pada tahun hadapan.
“Daripada dahulu dia (KPG) memang tidak bereksperimen dengan skuad kebangsaan, daripada dahulu lagi dia menerapkan taktikal kerana kita ingat kadang-kadang kita nak mata ranking dan sambil itu kita nak menang dan pasukan mana yang nak dilawan itu semua yang dia yang tetapkan manakala kami pun bersetuju ahli jawatankuasa jelas dengan apa yang dia mahu,
Jelasnya
Mengulas sedikit berkenaan isu keganasan luar padang sekitar perlawanan Liga Super Malaysia berlangsung, Hamidin ketika dijumpai memberi tahu bahawa setiap isu yang berlaku adalah tindakan di luar kawalan FAM kerana semua pihak berkaitan seperti Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan pihak berkuasa sudah sedaya upaya untuk membendung daripada perkara ini berlaku.
“Saya kira isu ini boleh terjadi kadang-kadang meskipun perlawanan Liga Malaysia pun akan ada perkara ini terjadi tetapi FAM, MFL dan pihak berkuasa sudah lakukan sebaik mungkin untuk memastikan keselamatan para pengunjung yang datang namun bila terjadi perkara sebegitu memang ia perkara yang berada di luar kawalan kami.
Tambahnya lagi
Beliau juga menyeru agar perkara ini dapat dibendung dan sekiranya masih terjadi tiada sebarang toleransi bakal diberikan kepada pihak yang terlibat.