Cuaca panas bukan punca utama MUFT kalah – Fairuz Aziz
Jurulatih Malaysia University Football Team (MUFT), Fairuz Aziz menidakkan faktor cuaca panas menjadi penyebab kekalahan pasukan mereka pada perlawanan pembukaan Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 ke atas Selangor FC hari ini.
Fairuz yang ditemui selepas perlawanan tamat sebentar tadi memberitahu bahawa mereka sudah membuat persiapan rapi untuk LWN kali ini disamping berlatih dalam cuaca yang panas bagi memastikan anak didiknya bersedia dengan waktu perlawanan sebenar.
“Cuaca tidak menjadi masalah, kita berlatih pada waktu yang sama, jadi segala persiapan kita juga pada waktu yang sama, jadi semua itu tidak menjadi masalah,”
Katanya
Selain itu, Fairuz juga memuji para pemainnya yang banyak mengawal permainan dan membuat percubaan namun disebabkan masih di peringkat awal kejohanan beliau berpendapat peluang untuk meraih kemenangan adalah 50-50.
“Untuk permainan pertama mana-mana liga pun ia akan menjadi peluang sama rata tetapi kalau kita tengok perlawanan tadi MUFT sendiri banyak memegang bola berbanding Selangor FC,
Ujarnya
Seterusnya pemain MUFT, Fazira Sani turut mengungkapkan rasa sedih kerana gagal untuk mengecap kemenangan pertama mereka walaupun mengawal permainan sejak awal sehingga ke babak terakhir.
“Sejujurnya memang terkilanlah sebab semuanya saya rasa proses kami semua baik dari awal Cuma rezeki tidak berpihak kepada kami hari ini untuk menang,
Ulasnya lagi
Fazira turut menyedari banyak yang perlu diperbaiki dirinya terutama dari segi serangan dan sentuhan tumpul di hadapan gol pihak lawan.
“Banyak peluang yang saya dapat hari ini namun mungkin masalah teknikal daripada diri saya yang lambat untuk buat keputusan kerana mungkin terlampau banyak berfikir.
Tambahnya lagi