Thamil Arasu bakal bertukar karier daripada seorang pemain bola sepak kepada seorang jurulatih ?
Bekas pemain Harimau Muda, Thamil Arasu kini bakal mengubah angin daripada pemain bola sepak kepada seorang jurulatih. Langkah itu dilihat sangat positif memandangkan beliau seorang bekas pemain untuk terus kekal aktif dalam arena bola sepak tempatan.
Dengan penggalaman yang beliau miliki sebelum ini sebagai bekas pemain bola sepak negara pasti pengetahuan tersebut dapat beliau gunakan sebaiknya ketika proses mengambil lesen kejurulatihan kelak.
Thamil ketika bersama skuad Harimau Muda pernah membawa skuad tersebut menjuarai Piala Newspaper pada tahun 2012 kemudian meneruskan karier profesional beliau di dalam kancah Liga Super Malaysia bersama pasukan Selangor FA, Kuala Lumpur FA dan Petaling Jaya City FC.
Setelah sekian lama menghilang akibat bergelut dengan masalah kecederaan, pemain yang berasal dari Banting itu kini akan menceburi kursus bidang kejurulatihan di bawah anjuran Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).
Kehilangan Thamil setelah sekian lama terjawab apabila tersebar gambar beliau baru-baru ini di media sosial lalu menerima pandangan positif daripada peminat bola sepak tempatan berkenaan kembalinya diri beliau yang masih aktif dalam bidang bola sepak.
Bekas pemain berusia 32 tahun itu suatu ketika dahulu pernah menjadi buah mulut kerana ketajaman di hadapan gawang gol lawan hingga beliau pernah diangkat sebagai antara permata muda yang boleh menjadi prospek bagi menyelesaikan masalah penyerang tumpul dalam skuad senior negara.
Semoga Thamil akan terus berjaya di masa akan datang untuk melahirkan pemain-pemain muda yang berkualiti di masa akan datang justeru mengembalikan era kegemilangan beliau semula bukan sebagai seorang pemain lagi tetapi sebagai seorang jurulatih profesional.