Ini kejohanan terakhir saya di Malaysia dan bakal berangkat ke Eropah – Gavin Green

195

Pemain golf profesional negara, Garvin Green akui gembira dapat bermain di kejohanan Toyota Corolla Cross Cup hari ini memandangkan ini merupakan kejohanan terakhirnya sebelum kembali ke Eropah.

Garvin yang pamer aksi baik hari ini berjaya meletakkan diri beliau di kelompok empat teratas dan berada dibelakang naib juara Supra Cup lalu iaitu Erving Chang.


Beliau dikhabarkan bakal terbang semula ke Eropah selepas menamatkan kejohanan Corolla Cross Cup ini bagi meneruskan misinya bagi mengejar mata untuk ke kejohanan di Dubai selain turut mengharapkan bakal menampilkan prestasi yang memberansangkan bagi melayakkan diri ke Olimpik Paris 2024.

“Ini mungkin kejohanan terakhir saya di sini dan saya bakal berangkat ke Eropah untuk misi pengejaran mata ke Dubai, dan jika saya bermain baik di sana secara tak langsung saya mungkin akan layak ke Olimpik,”

katanya.

Beliau berkata demikian selepas menamatkan permainannya hari ini, beliau memberitahu bahawa permainan hari ini berjalan dengan baik meskipun tidak seperti yang diharapkan memandangkan beliau juga baru sahaja pulih daripada demam semasa di kejohanan yang lepas.

“Semuanya seperti hari yang biasa,saya tidak terlalu marah dan gembira sebab dalam permainan hari ini saya banyak tak bernasib baik, itu sahaja yang saya tidak berpuas hati namun semuanya biasa sahaja memandangkan kejohanan yang lepas saya tidak berapa sihat.”

Dalam kejohanan yang lepas di The Mines Golf and Resort, Garvin tampak tidak selesa dan kurang cergas akibat daripada demam dan kini beliau lebih fokus dan yakin untuk bermain.

“Saya rasa lebih baik sekarang disebabkan saya tidak lagi sakit dan untuk esok saya harap lapangan lebih baik dan laju berbanding hari ini yang agak perlahan dan berbukit.”