“Shebby merupakan individu yang tidak boleh digantikan dengan begitu mudah”
Harimau Malaya mendapatkan pandangan seseorang yang pernah bekerja bersama mendiang Shebby Singh di atas padang sebagai sports commentator, Stanley Bernard.
Stanley berkata bahawa kehilangan Shebby adalah suatu kehilangan besar kepada industri sukan tanah air. Beliau selaku individu yang begitu berkait rapat dengan mendiang berikutan penglibatannya bersama Kuala Lumpur dan penganalisa bersama.
Beliau yang mulanya hanya mengenali Shebby sebagai ‘ikutan’ di kaca tv sebagai penganalisa bolasepak dan kemudiannya berpeluang untuk bermain bersama pasukan Kuala Lumpur selama 12 tahun yang juga antara pasukan yang pernah mendapatkan khidmat mendiang Shebby.
Setelah persaraan Stanley dalam bolasepak profesional sebagai pemain, beliau turut mengikut jejak langkah Shebby sebagai penganalisa, malah mereka kerap digandingkan bersama. Mengakui kepakaran mendiang sebagai seseorang yang ‘irreplacable’ kerana cara, pemikiran dan elemen beliau yang tersendiri dalam mengulas.
Meskipun mereka sering bercanggah pendapat di hadapan kamera, tetapi di luar mereka sangat baik kerana sikap profesionalisma yang ditunjukkkan Shebby tidak menjejaskan hubungan mereka. Malah, Stanley turut mendedahkan bahawa mendiang Shebby adalah antara orang terawal mengucapkan tahniah secara peribadi kepada pasukan KL City sejurus mereka memenangi Piala Malaysia musim lalu.
Berkali-kali mengulangi tentang penghormatan beliau terhadap mendiang, ternyata Stanley sememangnya amat mengagumi mendiang sebagai ‘senior’ dan rakan seperjuangan dalam industri ini. Stanley juga berkongsi mengenai perwatakan sebenar mendiang adalah seorang yang mesra dan bersahaja.
“Beliau menghambakan separuh dari hidupnya kepada bolasepak sebagai pemain, penganalisa, dan pernah berada dalam pengurusan bolasepak. Passion dan minat yang begitu mendalam yang beliau ada amat menakjubkan”
Ujarnya kepada Harimau Malaya
Stanley berpendapat bahawa Shebby adalah seorang yang tegas mengenai pendapatnya kerana beliau mempunyai sudut pandangan yang berbeza, itu adalah Shebby. Oleh kerana itu, beliau sangat dihormati. Menutupi perbualan, Stanley sempat menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Shebby atas kehilangan yang begitu mengesankan terhadap keluarga beliau dan berharap agar mereka tabah atas ujian ini.