Umur hanyalah angka! Heberty satu lagi pembelian bijak JDT!
Walaupun dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua Liga Super Malaysia, penyerang baru Kelab Johor Darul Takzim, Heberty Farnandez tidak mengambil masa yang lama untuk menunjukkan prestasi memberansangkan serta kualiti yang beliau miliki.
Kemasukkan pemain yang sudah berada pada kemuncak usia itu sebelum ini dilihat hanya sebagai “backup plan” kepada Bergson sahaja tetapi kini aksi cemerlang ketika diturunkan sebelum ini menjadikan beliau sebagai penggempur yang sangat berbisa di jentera serangan.
Dengan reputasi cemerlang sepanjang bermain di dalam Liga Thai bersama Ratchaburi FC, Muang Thong United, Port FC dan Bangkok United, Heberty juga merupakan antara penjaring terbanyak dengan rekod 159 jaringan gol dalam 249 perlawanan yang beliau terlibat.
Kini, sepanjang tiga perlawanan di dalam Liga Super dan Piala Malaysia beliau telah berjaya meledak dengan empat jaringan gol dan 1 bantuan jaringan. Malah, prestasi itu turut menjawab kemusykilan para peminat berkenaan umur beliau yang kini sudah melonjak 34 tahun.
Pastinya JDT bakal menjadikan beliau sebagai tonggak utama dalam kejohanan besar seperti AFC Champion League (ACL) yang akan bermula pada September nanti, serta sebagai senjata rahsia untuk meraih mencabar kelab-kelab gergasi Asia.
Penggalaman bermain di Thailand sebelum ini bukan sahaja membantu Heberty untuk memahami corak permainan bola sepak di Asia Tenggara sahaja tetapi juga memudahkan beliau menyesuaikan diri dengan mudah ketika bermain di dalam Liga Malaysia.
Justeru menjadikan kemasukan beliau sebagai antara pembelian bijak yang dilakukan oleh pasukan JDT pada musim ini.
Dengan prestasi yang diluar jangkaan kini, semestinya mampu membawa JDT terus melangkah jauh dalam kejuaraan ACL serta meneruskan rentak cemerlang kelab itu dalam Liga Malaysia.