TMJ sentiasa pantau, pastikan penanaman rumput Zeon Zoysia di SNBJ siap pada masanya

393

Padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sedang mengalami peroses penukaran rumput daripada cow grass kepada Zeon Zoysia ketika ini dan yang dijangka akan siap pada penghujung Ogos ini.

Perkara itu adalah inisiatif daripada pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menaja RM1.4 juta untuk proses tersebut pada Mac tahun lalu.


Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yoeh dilihat mengadap baginda bagi membincangkan perkembangan terkini penanaman rumput di SNBJ.

Ketika majlis undian Pestabola Merdeka baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed menyatakan keyakinannya terhadap Kementerian Beliau dan Sukan (KBS) untuk memastikan padang itu dapat disiapkan sebelum kejohana tersebut berlangsung.

Pastinya ramai peminat bola sepak negara yang sudah tidak sabar untuk kembali ke stadium keramat itu setelah dua jendela perlawanan persahabatan antarabangsa diadakan di Johor dan Terengganu.

Bukan saja padang SNBJ yang sedang melalui proses penukaran rumput ketika ini, tetapi padang Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin juga sedang dinaik taraf kepada rumput hibrid.

Walaupun padang milik JDT adalah yang terbaik di negara ini, tetapi TMJ tetap tidak mudah berpuas hati dengan apa yang ada.

Ia juga diterjemahkan kepada padang yang digunakan untuk skuad bola sepak kebangsaan dengan penanaman rumput Zeon Zoysia di SNBJ.

Pertemuannya dengan Hannah menunjukkan baginda tidak lepas tangan begitu saja selepas menaja sejumlah wang untuk penukaran rumput di SNBJ dan sentiasa ambil tahu perkembangan proses tersebut.

Justeru, ini pastinya memberi satu ‘tekanan’ buat pihak yang dipertanggungjawabkan seperti untuk menyelia proses penanaman rumput Zeon Zoysia di SNBJ seperti Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk tidak ambil mudah.

Jika proses penukaran rumput di Stadium Larkin siap jauh lebih awal, ini boleh memberi satu tamparan buat pihak yang terlibat dalam proses sama di SNBJ.