Harith Haiqal bakal peningkan kepala Tan Cheng Hoe!
Peningkatan positif prestasi pemain muda kelab Selangor FC iaitu Harith Haiqal telah merancakkan lagi persaingan di jentera pertahanan pasukan dari Lembah Klang itu.
Hal ini berikutan pemain tersebut yang semakin diberikan peluang semakin menunjukkan aksi yang cemerlang.
Kematangan mendadak pemain yang baru berusia 21 tahun itu ketika bermain di atas padang secara tidak langsung telah menutup ruang buat pemain berpengalaman seperti khuzaimi Piee untuk diberikan peluang beraksi di atas padang.
Khuzaimi Piee yang sebelum ini merupakan tonggak utama skuad Harimau Malaya hanya banyak memanaskan bangku simpanan sahaja setelah menyertai Selangor, dan dengan aksi cemerlang yang ditunjukkan oleh Harith, saingan semakin sukar buatnya.
Sepanjang beraksi bersama skuad senior Selangor pada musim ini di dalam Liga Super dan Piala Malaysia, Harith telah bermain dalam lapan perlawanan secara keseluruhan dengan empat jaringan gol berjaya beliau sumbangkan untuk kelab itu.
Impak pemain muda ini merupakan satu perkembangan positif buat kem pasukan Selangor pada musim ini kerana kelab itu mempunyai banyak barisan pertahanan tengah yang boleh diharap seperti Sharul Nazeem, Safuwan Baharudin, Yazan Al-Arab, Khuzaimi Piee, Richmond Ankrah dan Harith Haikal sendiri.
Dalam pada itu, semestinya lambakan pemain yang berpotensi ini bakal memeningkan kepala pengendali pasukan itu iaitu Tan Cheng Hoe untuk meletakkan pemain pertahanan pilihannya dalam kesebelasan utama pada setiap perlawanan nanti.
Dengan perkembangan ini, jelas menunjukkan bahawa Selangor sedang berada di landasan tepat untuk melangkah ke Asia pada musim hadapan serta konsisten mengekalkan kedudukan di tempat kedua dalam Liga Super Malaysia ketika ini.
Sementara itu, Muhammad Abu Khalil juga menjadi antara pemain muda yang diberikan debut bersama skuad senior The Red Giants pada perlawanan semalam walaupun masih berusia 18 tahun.
Ini menunjukkan bahawa Selangor begitu komited untuk mengetengahkan bakat muda sebagai pemain pelapis yang berkualiti.