Setiap kejohanan yang kita sertai memang kita cuba jadi juara – Muhammad Ubaidullah

162

Pemain skuad B-23 negara, Muhammad Ubaidullah melihat sasaran untuk ke perlawanan akhir kejohanan Piala AFF B-23 adalah realistik dan boleh dicapai.

Beliau percaya walaupun persiapan yang diadakan adalah singkat, setiap pemain akan bersungguh-sungguh untuk menggunakan peluang yang diberi dengan sebaik mungkin.


“Sudah tentu setiap kejohanan yang kita sertai kita akan cuba untuk menjadi juara.

Bagi saya sasaran ke perlawanan akhir adalah realistik kerana kita akan cuba berikan yang terbaik walaupun persiapan agak singkat, tetapi ini satu cabaran kepada kita,”

katanya.

Dalam pada itu, beliau mahu menjadikan kejohanan tersebut sebagai platform menunjukkan kemampuannya kepada pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner.

Beliau tekad mahu disenaraikan dalam skuad utama Terengganu untuk saingan Piala AFC yang bakal bermula bulan ini.

“Saya mahu tunjukkan prestasi saya kepada kepada jurulatih Terengganu, dan jika ada rezeki saya akan dipilih bermain dalam saingan Piala AFC.

Semalam apabila lihat rakan-rakan sebaya dapat bermain dengan skuad utama pun saya rasa iri hati, dan harap akan mendapat peluang lagi selepas ini.”