Peluang Malayan Tigress ke Piala Dunia Wanita 2027 lebih terbuka

86

Keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengekalkan penyertaan 32 pasukan yang bertanding dalam saingan Piala Dunia Wanita dilihat mampu membuka ruang kepada lebih banyak pasukan dari negara lain untuk bertanding termasuk Malaysia.

Langkah ini perlu disambut positif oleh skuad Malayan Tigress umumnya untuk menjadikan kejohanan terbesar itu sebagai sasaran utama mereka memandangkan pasukan bola sepak wanita mempunyai peluang yang lebih cerah untuk ke Piala Dunia.


Ini adalah kerana pihak FIFA yang meluaskan kuota penyertaan daripada 24 pasukan sahaja sebelum ini kepada 32 pasukan yang sudah bermula pada Piala Dunia Wanita edisi kali ini.

Kedudukan pasukan skuad wanita yang kini berada di tangga ke 89 dunia semestinya bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai serta melangkah lebih jauh lebih-lebih lagi dengan kerancakkan penganjuran program-program yang melibatkan pembanggunan bola sepak wanita.

Selain saingan Liga Wanita Nasional (LWN) yang sedang berlangsung kini, inisiatif untuk mengambil pemain warisan yang sedang mengembangkan karier di luar negara pasti mampu meningkatkan lagi kualiti arena bola sepak negara.

Suntikan dana yang berterusan untuk membantu perkembangan di akar umbi juga antara faktor yang mendorong kepada lahirnya lebih ramai pemain yang pemain muda justeru meningkatkan minat dalam kalangan wanita pada sukan tersebut.

Tambahan pula, tempoh masa lima tahun menjelang kejohanan Piala Dunia Wanita seterusnya yang akan berlangsung pada tahun 2027 boleh diletakkan sebagai sasaran kerana masih terdapat banyak waktu untuk kem bola sepak meningkatkan kualiti para pemain.

Dengan langkah yang produktif tanpa sebarang isu berat sebelah serta terus konsisten menambah baik segala kekurangan sebelum ini pasti akan membuahkan hasil seperti negara Asia Tenggara lain sebagaimana Viernam, Filipina dan Thailand.

Maka tidak mustahil untuk melihat skuad Malayan Tigress bermain di kejohanan besar seperti Piala Dunia pada suatu hari nanti.