Saya dapat kawal kalau di antara pemain Todak ada sindrom lagak pemain bintang-Kuja

154

Kuja tak mahu tunding jari, akui ada segelitir pemain dalam pasukan Todak yang mempunyai lagak seorang pemain ‘star’ namun beliau sendiri dapat mengawalnya disebabkan pengalaman dan keberadaannya dalam industri e-sukan Mobile Legends ini sejak awal lagi.

Mobile Legends Professional League Malaysia (MPLMY) musim ke 12 kini telah membuka tirai dengan jayanya namun bukan buat peminat pasukan Todak apabila memulakan kejohanan kali ini dengan langkah kiri selepas tewas ke tangan Team SMG Esport.


Jurulatih pasukan bekas juara musim lalu itu, Ajwad Yusof atau lebih dikenali sebagai Kuja sedari dengan pengalaman sebagai bekas pemain profesional MLBB satu ketikat dahulu menjadikan beliau lebih mudah untuk mengawal dan memahami pemain-pemain yang mempunyai sifat ego.

“Saya tak rasa semua pemain dalam todak ada sindrom lagak pemain ‘star’ tetapi kalau nak diikutkan saya antara pemain juga dahulu dan orang lama dalam industri, jadi mungkin kelebihan saya sebagai orang lama saya dapat mengawal mereka,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau yang akui untuk mengendalikan sebuah pasukan yang bertaraf juara dan menjadi sandaran negara di peringkat kebangsaan merupakan satu tugas yang berat namun beliau tetap mahu meletakkan sasaran Todak sebagai juara musim ini mengulangi kejayaan musim lepas.

“Walaupun pihak pengurusan tidak meletakkan sebarang sasaran pun, saya sendiri sebagai jurulatih yang lihat mereka bertanding di kejohanan antarabangsa dan bekas juara sudah semesti saya akan meletakkan sasaran, mustahil untuk saya letak sasaran 3 teratas bagi Todak dan pasti saya sasar juara.”

Todak mengulangi episod musim lepas selepas tumpas di tangan Team SMG Esport dalam perlawanan pertama mereka dengan skor 2-1.