Saya mula sertai arena kompetetif sejak umur 14 tahun-Sekys
Pemain termuda dalam kancah MPL musim ini, Sekys atau nama sebenarnya Haqqullah Ahmad Shahrul yang masih bersekolah tidak mahu membazirkan waktunya untuk berlatih di rumah dengan memastikan segala kerja disiapkan di sekolah.
Bermain di posisi jungler menjadikan Sekys antara tumpuan utama dalam skuad Red Giant Esport musim ini memandangkan beliau merupakan pemain termuda musim ini dalam Mobile Legends Professional League Malaysia (MPL MY).
Masih bersekolah sudah semestinya memberi kekangan buatnya namun Sekys sendiri akui dengan penerimaan keluarga serta usahanya menyiapkan segala tugasan di sekolah bagi mengisi masa latihan di rumah membantunya menjadi antara Jungler yang terbaik di MPL MY.
“Saya akan cuba siapkan terus kerja rumah yang diberikan dan dekat rumah ada masa yang lebih untuk berlatih,”
“Keluarga saya memang dah faham dan terima sebab saya sudah mula sertai kompetetif sejak berumur 14 tahun,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Sekys yang kini berumur 17 tahun itu akui perlawanan hari ini lebih kepada sesi pemanasan jari memandangkan baru minggu pertama dan beliau tidak mahu bermain dengan tekanan sejak awal.
“Bagi saya ikutkan perancangan pasukan nak permainan yang mudah hari ini, tapi untuk saya minggu pertama ini saya mahu bermain lama sedikit dan menyeronokkan diri sendiri sahaja dahulu,”
Dalam MPL MY musim lepas, Sekys lebih dominan memegang hero fighter atau tank untuk dijadikan jungler namun dengan penambahbaikan system emblem dalam patch musim ini memperlihatkan kelebihan berpihak kepada penggunaan hero assassin.
Sekys yang terkenal dengan penggunaan hero assassin terutama hero Fanny sudah semestinya antara yang gembira dengan perubahan ini selain merasakan ia sangat membantu beliau di dalam permainan tersebut.
“Bagi saya ia sangat membantu kerana sebelum ini emblem dalam mlbb ini hanya khusus kepada posisi yang dimainkan sahaja namun sekarang sudah ditambah baik membolehkan para pemain mencampur segala jenis emblem marksman kepada jungle dan sebagainya,”