Saya sudah bersedia hadapi saingan pasukan MPL MY-Raizel
Pemain gold laner pinjaman Homebois, Raizel lebih mahu fokus menggembirakan para peminat pasukan Homebois dan membalas kepercayaan yang diberikan oleh Daddyhood kepadanya.
Raizel atau nama sebenarnya Wahyu Saputra memaklumkan Daddyhood hanya berpesan supaya memberikan yang terbaik buat pasukan dan para peminat yang hadir memberikan beliau semangat untuk meraih kemenangan hari ini.
“Daddyhood cuma ingatkan kami para pemain untuk sentiasa melakukan terbaik dan dari sudut saya sendiri saya juga mahu buat yang terbaik terutama ketika melihat Flamebois yang memberi sokongan padu hari ini,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Raizel yang dipinjam dari gergasi Mobile Legends Professional League Indonesia (MPL ID) iaitu Alter Ego, akui terkejut dengan senario MPL MY hari ini memandangkan perlawanan menentang RSG MY merupakan debut pertamanya di Malaysia.
“Saya agak terkejut dalam perlawanan pertama tadi memandangkan ini debut pertama saya di MPL MY namun selepas kemenangan perlawanan tadi saya sudah bersedia untuk saingan yang seterusnya,”
Homebois tanpak sedikit bergelut di awal perlawanan pertama kembali bangkit di hujung permainan apabila pasukan RSG MY membuat kesilapan yang akhirnya dapat dihidu oleh pemain-pemain Homebois sekaligus meraih mata pertama dalam perlawanan tersebut.
Raizel yang menjadi tunjang utama skuad Homebois akui kegagalan pemilihan hero yang baik untuk perlawanan pertama membuatkan aturan permainan mereka agak sukar namun ia bukanlah pengakhirannya sekaligus mereka berjaya mencuri perlawanan pertama daripada RSG MY.
“Untuk perlawanan hari ini kami lebih kepada kalah drafting hero sahaja dan tidak bermakna kami kalah semuanya kemudian hasilnya kami menang perlawanan hari ini.”
Raizel memberitahu keputusan berpindah ke sini adalah selepas dihubungi oleh salah seorang pemain Homebois yang mengajaknya bermain di sini selain menyifatkan perpindahan ke pasukan Homebois adalah atas dirinya sendiri yang mahu mencari pengalaman baru di pentas MPL MY.