Saya tak puas hati perlawanan hari ini, mungkin pemain sedikit gementar – Nur Lyana Soberi

276

Pemain skuad wanita Selangor FC, Nur Lyana Soberi tidak berpuas hati gagal mencatatkan kemenangan dalam aksi Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 menentang Kelana United FC sebentar tadi.

Katanya, perlawanan kedua sebelum ini menentang LMS Tigress adalah lebih baik berbanding perlawanan hari ini.


“Untuk hari ini saya tidak berpuas hati, perlawanan sebelum ini lagi baik, saya pun tak tahu mungkin pemain agak gementar kerana pihak lawan memberikan cabaran yang baik,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Katanya, mereka perlu memastikan tahap kecergasan lebih baik pada perlawanan selepas ini.

Dalam pada itu, beliau berkata mereka terpaksa bermain secara bertahan pada separuh masa kedua disebabkan kepenatan.

“Sebenarnya jurulatih memang suruh kami untuk menyerang dan tekan pihak lawan, tetapi mungkin semua dah penat, jadi pilihan yang ada adalah serangan balas.”

Beliau merasakan persefahaman pasukan sudah cukup baik dan pemain-pemain muda mempunyai semangat berjuang yang baik.