Saya mahu bermain setiap perlawanan-Hein Htet Aung
Pemain import baru Negeri Sembilan FC, Hein Htet Aung mahu dimainkan setiap perlawanan supaya dapat membantu pasukan tersebut seperti yang dilakukannya mala mini.
Hein yang ditemui selepas perlawanan menentang Kelantan United sebentar tadi berkata beliau sudah sedia untuk bermain setiap perlawanan bersama Negeri Sembilan FC disebabkan sebelum ini bersama Selangor FC beliau kurang mendapat tempat dan peluang untuk menonjolkan dirinya.
“Sudah semestinya saya mahu bermain setiap perlawanan dan setiap masa saya berlatih bersungguh-sungguh dan saya rasa ia adalah sesuatu yang baik buat saya,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Selain itu, Hein yang berjaya menjaringkan satu gol mala mini menyifatkan semua ini adalah atas jasa jurulatih skuad Jang itu yang memberikannya keyakinan disamping sentiasa melatihnya ke tahap maksimum dalam setiap sesi latihan pasukan tersebut.
“Jurulatih K.Devan berikan saya keyakinan yang tinggi selain beliau turut melatih saya dengan begitu baik dan pemain-pemain Negeri Sembilan FC banyak membantu saya dalam latihan,”
Pasukan Negeri Sembilan FC berjaya menundukkan pasukan Kelantan United dengan jaringan agregat 5-2 dan Hein sendiri sebagai salah seorang penjaring gol pada mala mini sangat berterima kasih atas usaha rakan-rakan sepasukan yang tidak putus sehingga tamat permainan.
Dalam pusingan seterusnya iaitu berhadapan dengan JDT, Hein mahu lebih memandang dari sudut positif dan menganggap Negeri Sembilan FC juga mampu untuk bersaing dengan gergasi selantan tersebut.
“Saya mahu lebih positif, kita tahu JDT sebuah pasukan yang kuat akan tetapi kami juga layak untuk bersaing.”