Kepelbagaian konten mampu jana lebih banyak pendapatan kelab bola sepak
Kelab Port FC yang beraksi di saingan Thai League 1 mengambil inisiatif untuk mewujudkan saluran rancangan sendiri berkenaan sebelum dan selepas perlawanan bola sepak mereka melalui laman YouTube rasmi kelab tersebut dilihat satu langkah yang positif.
Hal ini berikutan liga tersebut yang berdepan kesukaran untuk menjual hak penyiaran mereka kepada rancangan televisyen di negara itu sendiri hingga menyebabkan peminat bola sepak di Thailand mulai berang serta meninggalkan seribu tanda tanya.
Dengan wujudnya rancangan tersebut dilihat sebagai perkara yang wajar dicontohi di Malaysia untuk merancakkan lagi perkembangan arena bola sepak negara ketika ini.
Pada kebiasaannya laman rasmi kelab hanya menyiarkan sesi latihan kelab serta vlog keseluruhan selepas perlawanan sahaja, tetapi jika terus diluaskan pasti dapat menarik lebih ramai peminat bola sepak tempatan akan perkembangan pasukan bola sepak mereka.
🦁Port FC become the latest Thai League 1 side to introduce the pre/post-match show on their official channel.
— Ta Lao (@ta_lao19) August 19, 2023
🎬Wish to see more 🇹🇭 teams follow this trend. pic.twitter.com/BH1Xwil9pA
Antara program yang wajar diketengahkan adalah seperti Podcast perbualan antara pemain, jurulatih, peminat serta bekas-bekas pemain bola sepak kelab tersebut untuk meningkatkan lagi nilai komersial serta dalam masa yang sama dapat menjana pendapatan kelab lagi.
Program seperti Podcast mampu meningkatkan lagi perbincangan berkenaan bola sepak kelab serta akan wujud lebih banyak idea untuk penambahbaikan kelab di masa akan datang.
Tambahan pula, medium media sosial dilihat sebagai alternatif terbaik buat kelab dalam meningkatkan jumlah pengikut kerana pada masa yang sama dapat membantu meningkatkan kewangan kelab dengan konten yang penuh informasi terkini berkenaan kelab daripada hasil tontonan dan Subcribe.
Kepelbagaian program pasti akan dapat meningkatkan lebih ramai para peminat pasukan akan isu samasa berkenaan kelab justeru dapat merapatkan lagi hubungan di antara kelab, para pemain dan penyokong ketika berada di dalam mahupun luar padang secara tidak langsung.