Korea Selatan ‘friendly’ dengan Vietnam, mahu uji gaya permainan pasukan Asia Tenggara sebelum menentang Malaysia

470

Perlawanan persahabatan di antara Vietnam dan Korea Selatan pada bulan Oktober ini adalah medan terbaik untuk pengendali skuad kebangsaan Kim Pan-gon melakukan analisis akan corak permainan pasukan Korea Selatan ketika menentang pasukan dari Asia Tenggara.

Hal ini berikutan negara itu berada di dalam kumpulan E bersama Malaysia, Bahrain dan Jordan dalam kejohanan Piala Asia Qatar 2023 yang akan membuka tirainya pada Januari depan.


Korea Selatan yang dilihat mengambil inisiatif untuk menguji pasukan Vietnam yang sedang berada dalam prestasi terbaik ketika ini dilihat sebagai satu langkah untuk membaca corak permainan negara di Asia Tenggara.

Dalam pada itu, perlawanan ini sedikit sebanyak pastinya akan dapat memberikan kelebihan untuk pasukan Korea Selatan ketika bertemu dengan skuad Harimau Malaya kelak walaupun standard pasukan itu kini berada di peringkat yang lebih tinggi.

Kepelbagaian lawan ini sebagai langkah persediaan buat negara itu dalam menghadapi saingan kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2023 nanti untuk terus memperkuatkan pasukan mereka sebagai gergasi bola sepak di Asia.

Dalam pada itu, pasukan Malaysia perlu bersedia sepenuhnya menjelang kejohanan Piala Asia untuk melihat gaya permainan skuad Korea Selatan serta memberikan perhatian penuh pada pemain tumpuan negara itu yang bakal memberikan ancaman kepada kubu pasukan negara.

Pan-gon perlu mencari solusi terbaik untuk skuad negara agar mampu bersaing bersama pasukan-pasukan besar dengan kualiti para pemain yang kini berada pada tahap yang baik.

Korea juga dijangkakan bakal bertemu dengan pasukan Tunisia yang berada di kedudukan 31 dunia sebelum perlawanan menentang Vietnam.