Rakyat Malaysia lebih minat EPL daripada Liga Malaysia sendiri?
Dalam kerancakkan bermulanya Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/2024 sejak minggu lalu, Malaysia merupakan antara negara yang menjadi penyumbang terbesar untuk mendapatkan hak penyiaran perlawanan liga tersebut dalam zon Asia-Pasifik.
Melalui siaran televisyen Astro telah melaburkan sebanyak 45 juta USD (RM 209 juta) sehingga 50 juta USD (RM232 juta) untuk mendapatkan hak penyiaran keseluruhan perlawanan EPL untuk disiarkan kepada pengguna yang melanggan perkhidmatannya di seluruh Malaysia.
Ini menunjukkan bahawa terdapatnya permintaan yang tinggi daripada masyarakat di Malaysia untuk menyaksikan perlawanan bola sepak EPL yang berlangsung di England.
Tambahan pula, Astro menjadi satu-satunya penyedia pekhidmatan televisyen bersatelit di Malaysia yang mempunyai hak akan penyiaran rasmi siaran setiap perlawanan EPL secara langsung untuk disiarkan di Malaysia ketika ini.
Secara tidak langsung keuntungan yang dikutip oleh EPL pada di zon Asia-Pasifik dengan penjualan hak penyiaran sahaja melebihi jumlah 442.6 juta USD (RM2.057 bilion) sehingga 452.6 juta USD (RM2.103 bilion).
Dalam masa yang sama, berbeza dengan harga hak penyiaran Liga Malaysia pada musim ini yang hanya sekitar 2.5 juta USD (RM11.6 juta) sahaja untuk menyaksikan keseluruhan perlawanan.
Walaubagaimanapun, angka yang tinggi untuk mendapatkan hak penyiaran ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia lebih tertarik dan berminat untuk menyaksikan lebih banyak perlawanan bola sepak EPL pada setiap tahun.
Negara lain yang juga menjadi penyumbang terbesar dalam memiliki hak penyiaran siaran EPL adalah seperti Australia, Hong Kong dan Korea Selatan.